Apa lagi jalan yang Pakatan Rakyat ada untuk halang media-media tu dari terus tipu dan fitnah tu selain dari ajak rakyat semua boikot sampai depa bangkrap.
Utusan melaporkan:
Kebebasan media serta hak bersuara yang diamalkan negara ketika ini akan hilang sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang memerintah negara kelak.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnian Taib berkata, perkara itu semakin terbukti selepas pembangkang berterusan memberi tekanan kepada media arus perdana termasuk menerusi rancangan memboikot syarikat media elektronik dan cetak. - Utusan.
YllixMedia Network. Iklan network untuk semua blogger. Guaranteed
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Itu kata presiden 'kelab wartawan fitnah 1Malaysia' yang tak sedar diri, konon sebut kebabasan media tapi Utusan sendiri cuma bebas memfitnah termasuk memfitnah sambill melucah.
Malang sekali untuk wartawan penchachai tu bila tuduhan dia dijawab oleh bekas bos NST, salah satu media yang Pakatan Rakyat cadang nak boikot tu.
TheMalaysianInsider melaporkan:
Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.
"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). - TMI.
Dan harus diingat, A. Kadir Jasin ni bukan dalam kelompok golongan yang dah 'insaf dan bertaubat' yang dah berhijrah dari sokong BN kepada sokong PR.
Bekas wartawan ni tulis ikut suka dia dalam blog dia. Kalau dia rasa BN salah dia belasah dan kalau dia rasa PR salah pun dia belasah. Kalau dia rasa apa yang BN buat betul dia sokong dan kalau apa yang PR buat betul pun dia sokong.
Senang ceritanya, tu blog dia tu menggambarkan erti kebebasan media serta hak bersuara yang sebenar yang patut diamalkan oleh media arus perdana.
Utusan turut laporkan komen dari ahli akademik yang belasah rancangan Pakatan Rakyat nak gerakkan kempen boikot media penipu dan pemfitnah:
Rancangan pembangkang melancarkan gerakan menghasut rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 menyerlahkan pemikiran sempit mereka dalam berpolitik.
Sambil menjangkakan kempen boikot itu tidak akan berjaya, beberapa pensyarah media berpendapat tindakan tersebut boleh memberi imej negatif terhadap amalan kebebasan media di negara ini.
Pensyarah Sekolah Kajian Media dan Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Fuziah Kartini Hassan Basri berkata, kempen pembangkang itu juga hanya akan merugikan orang ramai yang disekat daripada mendapat maklumat menerusi pelbagai sumber. - Utusan.
Juga dilaporkan:
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ketika mendedahkan rancangan itu kelmarin mendakwa, tindakan boikot yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri tersebut akan dilaksana sehingga keempat-empat organisasi media berkenaan bankrap. - Ibid.
Aku tak setuju kalau boikot Utusan, Star, NST dan TV3 secara besar-besaran ni dibuat atas alasan media propaganda BN tapi aku terpaksa setuju kalau atas alasan media-media tu media penipu dan pemfitnah. Mana boleh nak sokong penipu dan pemfitnah.
Aku lebih setuju kalau media tu dibiarkan bebas dan kalau ada tipu dan fitnah seret depa ke mahkamah. Tapi realiti yang ada jelas kita boleh nampak yang media-media tu walaupun dah banyak kali kalah di mahkamah tetap jugak terus menipu dan memfitnah.
Apa lagi jalan yang Pakatan Rakyat ada untuk halang media-media tu dari terus tipu dan fitnah media-media tu selain dari ajak rakyat semua boikot sampai depa bangkrap.
Memang tak dinafikan banyak jugak manfaat yang boleh dapat dari Utusan, Star, NST dan TV3 tapi takdak masalah kut kalau terpaksa rugi sikit dari kita rugi besar. Lagipun dengan teknologi dan media baru berlambak lagi sumber lain yang boleh bagi kita maklumat.
p/s. Bila aku google blog aku, nak cari imej yang sesuai nak bubuh kat atas tu, aku jumpa posting lama aku ni "Takkan kami kena meratit 'boikot media' jugak lagi kut".
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/07/boikot-utusan-star-nst-tv3-kadir-jasin-belasah-kwmm.html#ixzz2YW1TgDLl
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.