Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob didakwa terus menggunakan
politik dendam yang berbaur perkauman semasa berhujjah di Sidang Dewan
Undangan Negeri Pahang semalam.
Perkara itu didedahkan oleh ADUN Tanjung Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam posting difacebooknya.
"Persidangan hari ini (semalam) penuh dengan sentimen perkauman, MB bangkitkan isu 13 Mei dan menuduh surat khabar Cina dipenuhi dengan cerita bohong.
Beliau juga kata kemenangan banyak kerusi pembangkang adalah kerana fitnah dan pembohong, MB juga mengatakan bahawa pada PRU akan datang BN tidak teragak-agak akan membuat fitnah terhadap pembangkang bagi membalas perbuatan tersebut", kata kenyataannya.
Menurut seorang pemerihati di DUN Pahang semalam, tindakan Adnan itu dilihat amatlah keterlaluan tatkala Kerajaan Negeri Pahang dan ramai pemimpin UMNO BN sendiri dilihat berurusan sepenuhnya dengan kaum Cina dalam urusan perniagaan seperti bijih besi, balak, sawit, tanah dan sebagainya.
Menyerang kaum Cina sedangkan dalam masa yang sama Pahang sendiri baru sahaja menerima pelaburan dari negara China di Kawasan Perindustrian Gebeng. Tindakan membakar api perkauman biar pun di Dewan Undangan Negeri (DUN), amatlah tidak wajar dan tidak disenangi oleh sebahagian besar rakyat.
Justeru beliau berharap agar Adnan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyinggung perasaan kaum Cina di Kuantan khasnya dan Malaysia amnya.
Berhujjah dan berbahaslah secara profesional dan berhemah, bukan dengan emosi katanya.
PDO.
— with Zahar Jaa and 49 others. Perkara itu didedahkan oleh ADUN Tanjung Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar dalam posting difacebooknya.
"Persidangan hari ini (semalam) penuh dengan sentimen perkauman, MB bangkitkan isu 13 Mei dan menuduh surat khabar Cina dipenuhi dengan cerita bohong.
Beliau juga kata kemenangan banyak kerusi pembangkang adalah kerana fitnah dan pembohong, MB juga mengatakan bahawa pada PRU akan datang BN tidak teragak-agak akan membuat fitnah terhadap pembangkang bagi membalas perbuatan tersebut", kata kenyataannya.
Menurut seorang pemerihati di DUN Pahang semalam, tindakan Adnan itu dilihat amatlah keterlaluan tatkala Kerajaan Negeri Pahang dan ramai pemimpin UMNO BN sendiri dilihat berurusan sepenuhnya dengan kaum Cina dalam urusan perniagaan seperti bijih besi, balak, sawit, tanah dan sebagainya.
Menyerang kaum Cina sedangkan dalam masa yang sama Pahang sendiri baru sahaja menerima pelaburan dari negara China di Kawasan Perindustrian Gebeng. Tindakan membakar api perkauman biar pun di Dewan Undangan Negeri (DUN), amatlah tidak wajar dan tidak disenangi oleh sebahagian besar rakyat.
Justeru beliau berharap agar Adnan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyinggung perasaan kaum Cina di Kuantan khasnya dan Malaysia amnya.
Berhujjah dan berbahaslah secara profesional dan berhemah, bukan dengan emosi katanya.
PDO.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.