Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman Allah S.W.T: “
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga
kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w:
Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh
Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah
datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah
fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu
dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta
dibelenggu segala syaitan”
Lafaz niat puasa
Digalakkan
berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama
Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa
berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat
untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa
Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau
lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk
hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat
apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa
berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali
lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu berniat bermula
daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib
hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah
dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut,
walaupun semasa berbuka.
Doa berbuka puasa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.