Konflik Mesir: Kenyataan Najib digemari barat – Ahmad Kassim
KUALA LUMPUR 7 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dilihat gagal mengambil pendirian tegas berhubung konflik rampasan kuasa
yang berlaku di Mesir, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan
Agana (Bippa), Datuk Ahmad Kassim.
Sebaliknya, katanya, kenyataan Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr
Mahathir Mohammad hanya menangguk di air keruh dengan menjadikan konflik
itu sebagai amaran kepada rakyat Malaysia.
“Isu di Mesir adalah kudeta
tentera yang tidak bersikap demokratik. Jika ini kayu ukur perubahan
bagi Najib, jelaslah beliau gagal bersikap sebagai seorang negarawan
Islam yang tulen kerana menolak perubahan dari kediktatoran Hosni kepada
keterbukaan Presiden Dr Mohamed Morsi.
“Kenyataan Najib ini memang digemari negara Barat
yang menolak kepimpinan Morsi. Sewajarnya Najib meniru Turki, Tunisia
dan Iran yang tegas menolak kudeta,” ujarnya kepada Suara Keadilan.
Najib baru-baru ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar
daripada konflik di Mesir kerana perubahan yang dituntut tidak
semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
“Akhirnya, rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi yang mana
perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh
kita,” katanya dipetik.
Najib juga menegaskan peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan masalah
dalaman negara itu, meskipun tidak menyokong sebarang usaha ketenteraan.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pendirian pengecut Najib ini sekali
lagi membuktikan beliau demokrat palsu seperti didakwa penulis makalah
“A 21st-centruy checklist of the new autocrats”, Mark Mackinnon tahun
lalu.
“Mungkin Najib pura-pura tidak tahu bahawa Dr Mohamed Morsi dipilih
melalui sistem demokrasi yang telus dan memenangi 51 peratus undi.
“Puncanya ialah sikap tidak demokratik pembangkang Mesir yang gagal
memberikan kerjasama dan angkatan tentera yang masih kuat menyokong
Hosni Mubarak. Akhirnya kelompok inilah yang ambil kesempatan atas protes yang berlaku, ini yang Najib perlu faham,” katanya.
“Kenapa Najib perlu bersikap terpilih memberi pendapat dalam isu Mesir yang baru setahun diperintah Morsi?” soalnya.
Shalehudin.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.