Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Menium mayat dibenarkan kepada mereka yang merupakan mahram kepada mayat tersebut seperti, adik-beradik dan ibu bapa. Begitu juga harus bagi suami dan isteri. Dalilnya ialah hadis Bukhari daripada Aishah r.a. bahawa Abu Bakr al-Siddiq telah mencium Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. (Hadis no 4098, 13/363).
Hadis ini menunjukkan keharusan mencium mayat bagi orang yang harus mencium dan melihat wajahnya ketika hidup. Tujuan mencium adalah kerana kasih dan sayang kepada si mati. Sesetengah ulama merasakan kurang elok memperbanyakkan cium mayat tersebut, memadai dengan sekali sahaja. Rujuk : ibn-jebreen.com
Masalah kedua dan ketiga termasuk dalam hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (termasuk isteri). Ada khilaf di kalangan ulama. Fatwa yang dipilih oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi ia tidak batal sama ada dengan syahwat atau tidak. (Rujuk Fatwa 1405, 7/253)
[1&2 dipetik dari : al-ahkam.net]
Hukum mencium mayat (jenazah) itu harus. Dalilnya Abu Bakar mencium mayat Nabi SAW (HR Bukhari dan Muslim). Keharusan mencium itu terhad kepada orang yang harus bercium ketika mayat masih hidup sahaja, maka jika keduanya bukan mahram, maka tak bolehlah cium. (fatwa ibn Jibreen, www.jibrin.com, no 8929)
Banyak hadis menyebut tentang keharusan mencium mayat sebagai tanda kasih sayang. Antaranya :
1.Dari Aishah r.a. bahawa aku telah melihat Rasulullah SAW mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku telah melihat linangan air mata Baginda SAW. (Hadis riwayat Abu Daud)
2.Dari Ibn Abbas r.a. bahawa Abu Bakar r.a. telah mencium dahi Rasulullah SAW apabila Baginda wafat. (Hadis riwayat Bukhari)
3.Dari Aishah r.a. bahawa Abu Bakar r.a. telah mencium Rasulullah SAW apabila Baginda wafat. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)
Perbuatan melarang seorang isteri mencium mayat suaminya hanyalah BUDAYA orang Melayu, atas alasan takut-takut terbatal wuduk si mayat. Namun, harus mencium mayat dan untuk mengelakkan khilaf ciumlah mayat itu sebaiknya dia meninggal. Jika isteri berada di sisi mayat ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir, sebelum mayat itu dimandi dan dikafankan, sebelum orang banyak datang, boleh saja menciumnya.
Dari Umm Attiya r.a. bahawa Baginda SAW ketika anak perempuannya meninggal, Baginda berkata: “Mandikanlah dari bahagian kanan dan bahagian anggota wuduk.” (Sahih Bukhari dan Ibn Majah)
Mayat diangkat hukum wuduknya. Ada khilaf di kalangan fuqaha sekiranya najis atau air kencing keluar selepas memandikannya, apakah perlu membasuh pada bahagian itu sahaja ataupun keseluruhannya.
Jadi tidak timbul sama
ada mayat itu batal wuduk ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.