Followers

Sunday, May 26, 2013

VIDEO - DSAI - Saya Tidak Akan Undur Kerana PR Sepatutnya Bentuk Kerajaan



25 May 2013 - Ucapan pengggulungan Kongres Keadilan ke-9 di Dewan Sivik
DSAI menegaskan bahawa tidak akan berundur drp persada politik tanah air kerana Pakatan Rakyat menang undi popular di dlm PRU ke-13. Pakatan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan kerana penipuan di dlm proses pilihanraya dan bukannya kerana kalah dgn adil dan bersih.

"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini. Saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dgn proses yg dijalankan secara telus saya akan bersara.

"Tapi dlm kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur? Dia (Umno-BN) dapat undi 47 peratus dgn tipu takkan nak suruh orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?..

"Bagi kita, kita sudah menang pilihan raya, tapi kekalahan ini kerana melibatkan bawa masuk (orang) Bangladesh, ini penipuan... Saya putuskan kita tidak akan undur."

Sebelum ini, DSAI dilaporkan pernah berkata beliau akan bersara dari politik dan kembali mengajar di institut pengajian tinggi sekiranya Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya dalam PRU-13...

Anwar pernah menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.




Menurut kata beliau, bukan mengubah fikiran, tetapi mahu teruskan perjuangan kerana mendakwa penipuan yg didalangi SPR adalah bagi membantu kemenangan BN.

U Tube---> [http://www.youtube.com/watch?v=U7OptZ-w4tI]

[ Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia ] ... ALLAHU AKBAR !!!
— at Dewan Sivik MBPJ.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.