Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim mengakui menandatangani
puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran kad pengenalan
biru (IC).
Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan
kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan, tanpa
mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.
Membuat pendedahan pada pada Forum ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’
malam tadi, beliau berkata lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan
kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984.Borang pendaftaran, katanya, diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudian diserahkan kepada Pegawai Daerah untuk diproses.
Malah, katanya, beliau diarah menandatangani 500 borang HNR3 walaupun
baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.
“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Siapa yang bawa borang berkenaan ke
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftar sebagai surat lahir
(beranak),” katanya pada forum itu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur
Selangor (KLSCAH).
Kata Hassnar, BN juga mengambil kesempatan atas peperangan di Jolo,
selatan Filipina untuk mendaftar puluhan ribu pelarian termasuk warga
Sulu menjadi warganegara Malaysia menggunakan borang HNR3.
Beliau percaya, ada 800,000 warga Sulu yang dijadikan warganegara
Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.
Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988
selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di
Sandakan bermula 6 September 1998.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.