Seorang aktivis mahasiswa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang turut
ditahan berkata, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM
kira-kira jam 9.15 malam tadi.
“Sebab sebenar penahanan belum jelas. Mula-mula kata kerana orang luar dilarang masuk ke kampus.
“Tetapi Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid
Ismath yang belajar di kampus ini, turut ditahan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, tujuan mereka hadir ke program itu ialah untuk
menyampaikan pidato berhubung polisi pengajian tinggi di negara ini.
“Kami ditahan sebelum sempat berucap. Selain saya dan Khalid Ismath,
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang turut
ditahan,” katanya.
Penahanan itu mengulangi kejadian 9 Disember 2011 apabila enam aktivis
mahasiswa ditangkap ketika mengadakan program di Speakers Corner UiTM
Shah Alam.
Warta Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.