Followers

Tuesday, March 19, 2013

Internet percuma: Tawaran BANGANG terbaru dari Najib Rosmah?

 
Cukup ka kalau takat 30 minit sebulan? Maknanya lebih kurang 3 minit sehari? Nak boleh buat apa kalau takat 3 minit sehari? Takat nak hai-hai bye-bye dalam facebook pun tak cukup...

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian percuma setengah jam pertama perkhidmatan internet Telekom Malaysia (TM) kepada golongan miskin yang berada di dalam dan luar bandar.
Katanya, perincian mengenainya akan diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam tempoh terdekat. - Bharian.
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Kalau tengokk ke tawaran terbaru Najib ni nampak sangat Najib nak tiru apa yang Kerajaan PR buat sebelum ni, bagi air percuma kepada golongan miskin yang guna di bawah 20meterpadu sebulan.
Masalahnya, tawaran terbaru tu nampak bangang sangat.
Cukup ka kalau takat 30 minit sebulan? Maknanya lebih kurang 3 minit sehari? Nak boleh buat apa kalau takat 3 minit sehari? Takat nak hai-hai bye-bye dalam facebook pun tak cukup... Hahaha...

Takkan kut Najib plan nak bagi percuma 30minit sehari kut, aku tak yakin langsung TM akan setuju  lagipun plan internet TM yang ada sekarang ni mana ada yang berdasarkan hari.

Tapi kalau 30minit sehari pun tak cukup. Kalau sorang ja guna mungkin la boleh cukup tapi kalau anak bini pun guna sama memang kompom tak cukup, tambah-tambah kalau ada anak nak guna untuk buat assignment sekolah, kompom tak cukup 30minit.

Tapinya, rasa tak berapa nak seronok belasah kalau tak tengok 'perincian mengenainya'. Tapi kalau tengok ke ayat laporan Bharian tu, nampak kemungkinan tawaran Najib ni jadi tawaran bangang cukup besar. Harap-harap depa buat-buat tak dengar tawaran Najib ni dan buat sengap pasai 'perincian mengenainya' tu.

Apa pun, tawaran Najib yang terbaru ni sangat jauh kalau nak dibandingkan dengan tawaran Pakatan Rakyat yang janji nak bagi wifi percuma dalam tawaran 100 hari Pakatan Rakyat. Tak payah susah-susah nak kira berapa lama dah guna, dah lebih setengah jam ka belum lagi...



Cenangau Daunkari

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.