KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar)
sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh
pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas
Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata
Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat
Taman Melati, Gombak, pagi ini.
Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu.
Baca kenyataan penuh Azlan Mohd Lazim di sini.
Menurutnya, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk
memenjarakan Anwar kali kedua.“Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya
sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul
Annas Jusoh,” katanya.
“Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka.
Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia
dilakukan dengan begitu terancang sekali.
“Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama
peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang
dalam kes ini,” kata Azlan.
Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
“Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak
saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan
moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya.Dalam pada itu, beliau
turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat
fitnah ini.
“Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan
mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata
Azlan.
Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu.
“Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu.
“Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari. – NS
Malaysians Must Know The Truth
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.