Followers

Friday, March 8, 2013

007 : 30 % UNTUK TABUNG PERAJURIT LAHAD DATU! - Oleh : A.G. TAYLORS





 
SEMPENA menghargai pengorbanan perajurit negara dalam Tragedi Berdarah Lahad Datu, Sabahkini.net menganjurkan tabung derma berdasarkan jualan buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

Ketua Pengarang, Mutalib M.D menjelaskan demikian setelah cetakan ketiga buku berkenaan siap pagi tadi dan jualan berkenaan berkuat kuasa SERTA MERTA.
 
"Kita menghargai jasa para perajurit negara yang bertugas dan sanggup menggadai nyawa dalam peperangan menentang keganasan kerana kita telah sejak ditubuhkan sekitar 2006, Sabahkini.net telah lama mendedahkan anasir subversif yang boleh mengancam negara," ujar Mutalib.

Kata Mutalib, perjuangan beliau dan Sabahkini.net menegakkan kebenaran tidak pernah luntur sekalipun mendapat kutukan dan cacian banyak pihak; bahkan tidak pernah mendapat sebarang bantuan kerajaan.

"Kita beri peluang kepada rakyat Sabah untuk berbakti kepada negara dengan membaca buku penting ini kerana majoriti kandungannya telah terdedah dalam Prosiding RCI Sabah dan bukannya cerita dongeng," ujar Mutalib yang tidak menetapkan sasaran atau jumlah derma kerana keikhlasan rakyat Sabah amat penting.

Tegas Mutalib, beliau memilih tajuk buku berkenaan kerana percaya suatu hari nanti akan muncul seorang lelaki Malaysia terakhir yang akan mempertahankan Sabah dan negara Malaysia dari sebarang pencerobohan dan keganasan.

"Sejak Sabah merdeka sehingga kini, kita masih tercari-cari siapakah lelaki Malaysia terakhir kerana kita masih hidup dalam ketakutan untuk berjuang sekalipun telah dimerdekakan British!," ujar Mutalib yang menyatakan apa yang diperjuangkan beliau selama ini adalah bayangan kepada apa yang berlaku hari ini.

Sehubungan itu, sebagai mengenang jasa perajurit negara mempertahankan kedaulatan Sabah, maka beliau akan menyerahkan 30 % daripada jualan buku berkenaan yang telah memasuki cetakan ketiga.

"Harga pasaran buku berkenaan ialah RM111 termasuk belanja pos. RM33.33 adalah untuk Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Kita akan menyerahkan derma berkenaan kepada Kerajaan Malaysia pada 16 September 2013 atau masa yang akan ditetapkan kelak," ujar Mutalib yang memberitahu beliau sedang menulis buku baru, 'RCI-MARUAH YANG TERGADAI?'

Menurut Mutalib, buku berkenaan boleh dipesan terus dengan menghantar email kepada sabahkini.net@gmail.com. Bayaran boleh dimasukkan ke akaun semasa Sabakini Media Network 564128621872 di Maybank dan buku akan dihantar kepada pembeli dalam tempoh 7 hari bekerja.
 
 
Malaysians Must Know The Truth.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.