Followers

Friday, March 8, 2013

Wujud unsur rasuah dalam perjanjian jual beli firma aeroangkasa dengan DRB, dakwa PKR - Oleh Syed Jaymal Zahiid


PETALING JAYA, 8 Mac — Penjualan unit aeroangkasa CTRM Sdn Bhd kepada DRB-Hicom milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tidak dilakukan mengikut prosedur biasa tender tebuka, dakwa PKR hari ini, dan menegaskan ianya akan memudaratkan kepada bekas t6enaga kerja Bumiputera.

“Tiada tender terbuka. Ia dilakukan secara sulit,” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) kepada pemberita hari ini.

“Saya telah mengkaji dokumen yang diserahkan pemberi maklumat dan sya berpuas hati untuk mengatakan cubaan menswastakan CTRM kepada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dilakukan dengan melanggar prosedur dan mengtepikan kebajikan CTRM.”

CTRM merupakan anak syarikat di bawah Kementerian Pertahanan (Mindef) yang diperbadankan membuat bahagian aeroangkasa dengan pelanggan terkemuka dunia seperti Airbus, Eurocopter, dan Goodrich.

GLC itu menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan kontrak bernilai RM8.26 bilion daripada 2012 hingga 2017.

Unit pertahanan DRB-Hicom baru-baru ini bersetuju untuk membeli 96.9 peratus pegangan atau 466.78 saham bernilai RM 1 setiap satu dalam CTRM untuk RM298.3 juta, perjanjian yang mana jelas penganalis positif bagi operasi pertahanan DRB-Hicom, yang mana tidak banyak bukan automatif dalam kumpulannya.

Perjanjian itu diumumkan bulan lalu, namun Rafizi berkata surat daripada pemberi maklumatnya menunjukkan arahan dikeluarkan sejk Ogos tahun lalu.

Surat itu, yang disertakan kepada media, dikeluarkan oleh Datuk Mat Noor Nawi, timbalan ketua setiausaha perbendaharaan MOF Incorporated.

Rafizi mendakwa perjanjian itu adalah seumpama “pintu belakang” bagi langkah penswastaan dan “langkah pencegahan” Barisan Nasional untuk melindungi syarikat mereka sekiranya Pakatan rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan.

“Saya juga merasakan ia adalah langkah berjaga-jaga sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih.

“Jika berterusan, lebih banyak lagi syarikat berprestasi tinggi dengan aset yang besar akan dipindahkan tanpa pengetahuan umum,” katanya.

Rafizi juga turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan untuk menghentikan segera transaksi tersebut. 

Beliau turut mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menyuarakan bantahannya kerana menurutnya ia bakal memberikan impak kepada tenaga kerja Bumiputera.

“CTRM dibina atas titik peluh pekerja professional tempatan yang bekerja keras meningkaktkan imej syarikat.”

Beberapa tawaran yang besar melibatkan Syed Mokhtar telah menerima tekanan daripada kedua-dua belah parti politik yangmenuduh berlakunya cubaaan monopoli.

Akhbar perniagaan, The Edge baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa hartawan logistik akan bersaing untuk projek keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Syed Mokhtar sudah memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor, dan dilaporkan sedang berusaha dalam pengambilalihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM).

MMC Corp kini dalam usahasama dengan Gamuda Bhd untuk Mass Rapid Transit (MRT), projek rel terbesar di Lembah Klang, kerana perlu disiapkan menjelang pada tahun 2017. 

Kedua-dua syarikat itu juga sedang berusaha bersama-sama dalam pembinaan landasan berkembar  elektrik sejauh 329 km yang menghubungkan Perak dan Perlis yang dijangka akan siap pada tahun ini.


Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.