JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan
berani apabila sanggup meletakkan jawatan disandangnya jika wakil DAP
berjaya menjadi Menteri Besar Johor.
Bagaimanapun, beliau yakin situasi
berkenaan tidak berlaku dan mustahil DAP mampu memiliki jawatan nombor
satu dalam Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan
negeri ini jika menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Soi Lek
berkata, jawatan Menteri Besar semestinya akan disandang oleh wakil Pas
sekali gus impian untuk DAP memegang jawatan itu tidak akan menjadi
kenyataan.
“Malah saya berpendapat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanya kukuh
di Pulau Pinang sahaja, namun tidak di negeri lain. Justeru, kita yakin
Johor akan kekal di bawah BN selepas pilihan raya akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Konsert
Sambutan Tahun Baru dan Pameran Pelancongan Taiwan Mini Travel Fair di
tempat letak kereta Sutera Mall, di sini, malam kelmarin.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.Soi Lek berkata,
negeri ini juga semakin maju hasil pemerintahan kerajaan BN sejak sekian
lama, malah dengan adanya pelbagai projek mega khususnya limpahan
daripada Iskandar Malaysia turut memberi manfaat kepada rakyat.
“Dalam masa lima tahun sahaja, saya percaya negeri ini mampu mengatasi
Selangor hasil daripada pembangunan Iskandar Malaysia.Sementara itu,
Abdul Ghani mengakui kira-kira 90 peratus orang Melayu di negeri ini
menolak Pas dan beliau yakin BN mampu menang dalam PRU akan datang.
“Saya juga ingin mempersoalkan kenapa Salahuddin Ayub (Naib Presiden
Pas) tidak bertanding sahaja di Pontian, sedangkan dia berasal dari
daerah itu,” katanya. ~sinar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.