Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai
3ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh
diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di
bilik.
Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi
tersebut,dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.
Melalui
penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang
ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan
anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang
mempunyai kecacatan akal.
Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan
tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa
berhenti bekerja.Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan
RAPID, keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah.
Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah
lain.Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20
ribu sahaja sebagai pampasan.
Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.
Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.
GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana
keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari
pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh
diri.
Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang.

Chua Peng Sin
Bendahari Gabungan NGO Pengerang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.