Menurut sumber dalaman yang bocor, jentera ameno mempunyai dua saluran
untuk mengkaji kedudukan kekuatan parti. Satu di peringkat pusat. Yang
lain dikumpulkan dari peringkat negeri.
Kemenangan 154 kerusi parlmen adalah yang dikumpulkan dari saluran kajian strategik peringkat negeri.
Kajian strategik peringkat negeri ada "tendency to inflate data"
(membesarkan data) supaya kelihatan selesa. Tujuan memberi gambaran
selesa tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa ketua perhubungan negeri
ada buat kerja dan bolehlah terlantik lagi. Misalnya untuk dilantik
semula sebagai MB atau KM. Semua negeri memberi data yang telah
dimanpulasi. Bezanya ada negeri yang terlebih manipulasi. Ada negeri
yang hasil kajiannya tak jauh berbeza dengan dapatan kajian dari saluran
peringkat pusat.
Negeri-negeri yang terlebih membesarkan data itu ialah Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Kenapa terjadi begitu? Apa masalah negeri-negeri itu?
Memang negeri-negeri itu bermasalah. Yong ringkaskan sahaja dapatan masalah itu:
TERENGGANU
Negeri ini ada first-time Menteri Besar. Sudah tentu MB ini ingin
dilantik semula sebagai MB. Umum juga tahu dia bukan pilihan PM. Jadi
dia kena "impress" PM untuk menunjukkan kedudukannya adalah selesa.
Semua jentera di Terengganu dalam tahap stabil. Mereka tiada problem
untuk menangani PAS Terengganu yang mesra UG itu. Mereka yakin kerana
ada ahli parti dalam gabungan PR yang ameno-firendly dan akan angkat
bendera putih. Mereka yakin kawasan tertentu yang kini dikawal PAS akan
jatuh kembali ke ameno.
NEGERI SEMBILAN
MB NS terpalit dengan skandal wang RM10juta. Banyak kawasan di NS telah
berjaya ditembusi PR, termasuk kubu-kubu demer di dalam FELDA. Ini
adalah perkembangan yang tidak menyeronokkan BN, kerana selama ini
rakyat NS sangat anti apa-apa parti yang bukan dalam komponen BN.
Ditambah dengan skandal RM10 juta yang tidak dapat dijelaskan, MB NS
menjadi liabiliti bagi BN. Mungkin tragedi yang menimpa Khir Toyo
menjangkit ke MB NS. Sebab tu dia kena tunjuk yang dia best. NS dalam
keadaan terkawal. Peneroka FELDA juga terkawal.
PAHANG
MB yang bakal hilang telinga ini memang merasa bahang kebangkitan
rakyat, khususnya di kalangan masyarakat FELDA yang marah akibat
kedudukan saham FGV yang merudum. Ditambah dengan isu kilang Lynas yang
dilihat tidak membawa keuntungan pada masyarakat setempat. Pahang bukan
lagi simpanan tetap bagi BN. Oleh kerana itu ia perlu dilihat dalam
keadaan baik. MB Pahang juga terpaksa meyakinkan sultannya ameno akan
terus berkuasa. Taruhan di Pahang amat tinggi.
SABAH
Ingat isu RM40 juta sudah ditutup. Tapi terbuka semula kerana kegigihan
Rafizi dan kumpulannya. Imej KM Sabah tercalar teruk dengan isu ini. KM
Sabah juga amat mengenali pemimpin parti yang menjadi komponen BN Sabah.
Dia tahu demer akan melompat jika percaya BN bakal tumbang. Ini kerana
ramai pemimpin BN Sabah masih menghormati DSAI. Oleh itu PM mesti
diyakinkan BN Sabah masih dalam kawalan. Sumber maklumat Internet di
Sabah mungkin tidak seperti di Semenanjung. Tetapi mereka memiliki cara
tersendiri untuk menyebarkan maklumat dan mendapat undi rakyat Sabah!
SARAWAK
Dulu dikhabarkan KM Sarawak bersedia turun dari tahta. Tapi ternyata ia
tidak berlaku. Ini mengecewakan beberapa pihak. Ada di kalangan pemimpin
dan ahli komponen BN Sarawak juga tidak puashati terhadap keluasan
cengkaman KM dan keluarganya dalam sektor swasta. BN Pusat sudah sedia
maklum tentang perkara ini.
Jadi kepimpinan Sarawak perlu menonjolkan
bahawa politik di negeri itu masih baik-baik saja supaya BN Pusat tidak
cuba menggugat kedudukan KM Sarawak. Seburuk-buruk KM Sarawak, dia tetap
dapat mengawal politik negeri itu.
Kata informer Yong, kalau dah yakin menang 154 kerusi, hari itu juga
Najib bubar parlimen! Negeri-negeri tidak boleh temberang kerana Pusat
ada caranya sendiri untuk mengenalpasti kedudukan BN di seluruh negara.
Jelasnya, penemuan kajian BN Pusat tidak begitu baik untuk mengadakan
PRU13 sekarang.
Najib dan Muhyiddin tidak percaya hasil kajian yang dikeluarkan negeri.
Sebab itu Muhyiddin fokus ke Terengganu. Najib berulang-alik ke Sabah.
Demi mempertahankan negeri-negeri tertentu (yang banyak minyak),
beberapa negeri mungkin akan dikorbankan. Negeri-negeri tersebut
termasuk negeri Yong sendiri. Huhuhu...kesian Zambry...
Yang pasti sama ada PR atau BN yang akan menguasai Putrajaya, beberapa
MB dan KM akan ditukar! Memang ada MB dan KM yang tak lena tidur!
ALAHAI...KALAU BOS SENDIRI PUN DEMER TEMBERANG, RAKYAT APA LAGI?
JOM UBAH! TOLAK BN!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.