Selagi KPM dipaksa merujuk kepada orang politik dan para profesor yang
banyak berteori selagi itulah masalah penguasaan BI sekolah-sekolah tak
akan selesai.
Sebenarnya apa yang berlaku terhadap pencapaian BI dalam
kalangan pelajar di sekolah-sekolah bukanlah berpunca daripada guru-guru
tetapi disebabkan sistem pembelajaran BI di sekolah adalah salah dan
tak selaras dengan apa yang dikehendaki.
Apa yang KPM nak sebenarnya-
nak melahirkan pakar BI atau nak melahirkan rakyat yng mampu
berkomunikasi dalam BI?MAKA itu sistem dan kaedah pnp mesti ada dua
kaedah antara melahirkan pakar BI dengan melahirkan mereka yang mampu
berkomunikasi!
Untuk melahirkan pakar BI Penekanan mesti menyuluruh
terutama dari aspek tatabahasa. Untuk mampu berkomunikasi penekanan
perlu lebih kepada pengkayaan perbendaharaan kata dan kemampuan
menyampaikan idea.Apa pulak sampai perlu ambil guru dari India!
Baik ambik guru dari Monggolia!Malaysikini melaporkan:
Baik ambik guru dari Monggolia!Malaysikini melaporkan:
Ambil guru BI dari India perlu kajian mendalam - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.
"Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak.
Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.
Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.
Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.
"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya.
Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersara untuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.]
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar."Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat.
Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England."Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain sebab itu kita berterusan macam ini," katanya.Beliau juga berkata jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negara berkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.