GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang memberi jaminan siasatan
berhubung dakwaan seorang wanita Indonesia dirogol dua anggota polis di
Taman Limau Manis, Bukit Tengah, dekat sini pada Sabtu, dilakukan secara
telus.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya menyiasat dengan terperinci serta tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat.
"Kita memang menyiasat apa yang didakwa wanita berkenaan kerana itu tugas polis, saya juga beri jaminan yang kita siasat secara adil kes berkenaan walaupun tuduhan (yang dibuat) itu adalah anggota polis.
"Tetapi apa yang saya boleh kata setakat hari ini siasatan yang kita jalankan mendapati dakwaan dibuat wanita terbabit ada banyak keraguan terutama berkaitan kronologi dia dirogol," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau juga berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan itu yang akan dihantar kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat.
Akhbar hari ini melaporkan polis Pulau Pinang menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam.
Ini berikutan pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata wanita terbabit yang masuk ke Malaysia tahun lepas, mendakwa menaiki feri ke Butterworth sebelum menaiki teksi untuk pulang ke rumah kawannya di Taman Limau Manis, tetapi hasil siasatan mendapati dia bekerja pada malam kejadian di sebuah pusat hiburan di Seberang Jaya dekat sini.
"Apa yang dia cakap (dakwaan) tidak selari dengan bukti yang pihak polis dapat termasuk dakwaan dia menaiki teksi kerana bila kita tanya di tempat kerjanya tiada sesiapa nampak wanita itu naik teksi dan rakan sekerjanya turut mendakwa dia berkerja pada malam kejadian, jadi bagaimana pula dia boleh kata dari pulau dan menaiki feri," katanya.
Selain itu, katanya wanita berkenaan lari daripada majikannya ketika bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas bulan lalu dan pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat oleh pihak kilang.
Ditanya sama ada wanita tersebut akan didakwa membuat laporan palsu jika siasatan mendapatinya berbuat demikian, Abdul Rahim berkata siasatan sekarang dibuat atas dakwaan dia dirogol dan tindakan selanjutnya terserah kepada pendakwa raya.
"...tugas pihak polis menyiasat laporan yang dibuat pengadu. Saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes itu kerana siasatan masih dijalankan," katanya.
Dalam laporan akhbar berbahasa Inggeris semalam, wanita itu mendakwa dirogol dan dipukul sehingga pengsan selama dua jam oleh dua anggota polis yang menahannya selepas mendapati dia hanya membawa salinan pasport.
BERNAMA
Malaysia Chronicle

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.