[HM] KUALA LUMPUR: “Saya diacu parang sebelum diarah menyerahkan wang
dan telefon bimbit,” kata Nurhidayah Muhammad, 23, mangsa samun dua
lelaki dalam bas awam di ibu kota, baru-baru ini.
Menceritakan semula detik cemas itu, Nurhidayah yang bekerja sebagai
operator telefon berkata, dia menaiki bas berkenaan untuk pulang ke
rumahnya di Setapak sebaik tamat kerja, kira-kira jam 8 malam.
Menurutnya, ketika kejadian bas berkenaan berhenti di Masjid Jamek, di
sini, apabila tiba-tiba dua lelaki meluru masuk ke dalam kenderaan awam
itu dan menuju ke arahnya.
“Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu apabila seorang
daripada lelaki terbabit mengugut mahu menikam saya jika melawan.
“Saya diarahkan duduk dan mengeluarkan segala barang yang ada dalam beg
tangan sambil diacu parang. Dalam keadaan panik, saya terpaksa
menyerahkan wang RM200 dan telefon bimbit kepada lelaki itu,” katanya.
Katanya, bukan dia seorang saja yang disamun penjenayah terbabit, malah
seorang lagi penumpang lelaki warga asing yang duduk di sebelahnya turut
menjadi mangsa.
“Namun, penumpang warga asing itu enggan menurut arahan lelaki terbabit
supaya menyerahkan wang dan barangan berharga mengakibatkan dia
dibelasah.
“Kejadian ini turut disaksikan pemandu dan penumpang lain, tetapi mereka
tidak berani membantu kerana bimbang turut menerima nasib sama.,”
katanya.
Nurhidayah berkata, ketika seorang lelaki terbabit menyamunnya dan
penumpang warga asing itu, rakannya pula mengawasi keadaan dengan
berkawal di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
“Kedua-duanya tidak mengganggu penumpang lain dan terus melarikan diri selepas memperoleh wang daripada saya.
“Akibat kejadian itu, saya mengalami trauma untuk menggunakan
pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja setiap hari,”
katanya yang membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi sejurus kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
P/s: Gila selamat!
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.