Pagi tadi, sambil-sambil drive ke mahkamah Addin dengar radio
IKIM fm. Rancangan pagi tersebut di hoskan oleh DJ Pian (Kumpulan
Saujana) dan Siti Ruhani Suryani.
Memang menjadi kebiasaan pagi-pagi
mendengar radio IKIM, banyak ilmu dan info boleh dapat. Promote skit..
Addin sarankan
anda semua mendengarnya pasti melekat.Yang menariknya pagi tadi, IKIM
fm menjemput Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Di JPM.
Isu yang di bincangkan ialah...anda semua jangan terkejut pulak.
Menurut Mashitah.. Najib, PM kita yang di kasihi akan masuk sekolah
pondok pada 8 Nov 2012. Apa?? masuk sekolah pondok??
Sebenarnya, Najib akan menghadiri program bersama mudir dan sekolah
pondok seluruh negara di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada
8 Nov 2012.
Program itu di buat sempena pelancaran Yayasan Pembangunan
Pondok 1Malaysia. Cukup terdesak Najib kali ni.. sekolah pondok pun nak
buat 1Malaysia.
Menurut Mashitah, program tersebut dibuat bagi mengiktiraf institusi
pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan insan di negara ini.
Namun, Najib terlupa sebenarnya Umno BN yang tidak mengiktiraf institusi
pondok malah memberi pelbagai tekanan agar institusi pondok ini tidak
berkembang.
Umno BN meminggirkan golongan agama, golongan agama di
perlukan untuk tujuan tertentu sahaja.
Jadi... program seperti hanyalah bertujuan memancing undi bagi pilihanraya semata-mata.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.