Followers

Thursday, October 11, 2012

Najib Kemut Wang Pampasan Buruh Keretapi Maut Siam - Burma

 
Beberapa perkara telah dibangkitkan oleh DS Nizar semasa perbahasan Bajet 2013  di Parlimen.

Tetapi perkara yang paling menarik ialah mengenai isu bayaran pampasan kepada buruh paksa binaan landasan keretapi maut Siam-Burma sewaktu Pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1946 dulu.

Dikhabarkan, kerajaan Jepun telah mengeluarkan bayaran 207 billion wang pampasan kepada buruh-buruh paksa (Ringgit Malaysia? saya tidak pasti mengenainya).

Negara-negara sekeliling kita seperti Indonesia, Vietnam dan juga Filiphina turut menerima wang pampasan berjumlah yang sama dan negara-negara tersebut telah pun menyampaikan wang pampasan tersebut kepada buruh-buruh paksa di negara mereka masing-masing.

Malangnya, Malaysia masih lagi menyimpan wang pampasan tersebut tanpa membahagi-bahagikan kepada yang berhak.

Pihak Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Ke Siam- Burma  1942-1946 telah menghantar memo kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011.
Selain rakyat negara ini, turut menjadi mangsa buruh paksa Jepun ialah rakyat Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, Taiwan, Indonesia, India, Sri Lanka, Brunei, Cina, dan Korea.

Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, menurut beliau, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang.

Kira-kira 42,000 orang buruh paksa lagi yang kebanyakannya berusia awal dua puluhan dan sesetengah berusia belasan tahun hilang dipercayai mati di sana. 

Buruh paksa tidak dibayar gaji. Makan minum mereka amat menyedihkan dan ada yang didera jika Jepun tidak puas dengan kerja mereka.

Sepanjang lebih empat tahun itu, buruh-buruh paksa diminta membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat yang merangkumi 60 stesen itu.

Ramai buruh menderita dizalimi askar Jepun termasuk perut dipijak dan dipaksa minum air sabun.

Menyedari kesilapan itu Kerajaan Jepun telah mengundang Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Ke Siam- Burma  1942-1946 berunding mengenai pampasan itu di Narita pada 7-11 Disember 2005 lalu.

Walaupun Jepun dahulunya kejam, tetapi setelah menyedarinya, ia insaf dan sanggup memberikan pampasan ganti rugi kepada mangsa-mangsa kekejamannya itu dan sudah barang tentu, walaupun pampasan sebanyak mana sekalipun pun tidak akan setimpal dengan penderitaan yang telah dialami.....

Dan setelah Kerajaan Jepun mengeluarkan pampasan itu kepada kerajaan Malaysia, kenapa wang sebanyak itu masih lagi terus tersimpan begitu lama waima buruh-buruh di negara yang disebutkan tadi telah pun lama menerimanya.

Kalau dulu mereka telah dizalimi oleh kerajaan Jepun, apakah kerajaan Malaysia tidak bersikap kejam kepada mereka dengan menangguhkan pembayaran pampasan tersebut hingga ke hari ini?



Al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.