Anak Emak, Perak
Barangkali ini mungkin hal sepele bagi sebahagian orang, namun saya
merasakan perkara ini hak kita untuk mengetahui ke mana hilangnya wang
kita. Boleh jadi juga sebuah taktik perniagaan. Saya tidak menuduh
tetapi berikut adalah perkongsian saya:
Sepulangnya dari tempat kerja, emak menyerahkan bil ASTRO terkini untuk saya jelaskan bilnya. Saya perasan ada tambahan RM10 pada bil terkini. Kata emak, ada program baru.
Saya melarikan mata sepintas lalu pada butir-butir transaksi. ASTRO Best: The Hunger Games. Bila masa pula emak yang sudah tua dan uzur melanggan program ini. Emak hanya lebih gemarkan program di TV Al-Hijrah dan saluran 119.

Bila saya tanyakan pada Emak,
jawapannya: Mana tahu. Kan, sudah masuk dalam bil. Jadi perlu dibayar.
Emak terpaksa melanggan ASTRO kerana langsung tiada siaran televisyen jika tidak melanggan servis ASTRO. Saya pula lebih selesa mendapatkan maklumat daripada internet.
Saya tidak berpuas hati lantaran yakin tiada antara kami yang akan melanggan program sedemikian. Lalu saya menelefon pihak ASTRO untuk memaklumkan kesilapan tersebut. (Nota: Pastikan anda miliki kredit yang cukup untuk mendail talian 1-300-82-3838 kerana tempoh masa yang lama diambil sebelum dapat bercakap dengan staf. Pastikan juga tekan butang 3 selepas pilihan bahasa.)
Pihak ASTRO memberitahu, dalam rekod mereka ternyata kami tidak membuat sebarang langganan untuk pakej tersebut. Lega saya. Namun di hujung-hujung perbualan tatkala saya yakin staf terbabit akan memaklumkan tentang kecuaian tersebut pada unit kewangan, wujud pula rekod.
Saya dimaklumkan bahawa langganan telah dibuat pada tarikh 16 September 2012 pada jam 6.21 petang oleh nombor telefon 019-569xxxx. Saya sudah menafikan bahawa kami telah membuat langganan tersebut. Bagaimana pun staf berkenaan membuat andaian bahawa ada budak-budak main.
Mustahil, fikir saya. Saya pasti amat bahawa nombor telefon tersebut sangat asing dan memang tidak tersenarai dalam rekod nombor telefon keluarga dan rakan. Sebelum mengakhiri perbualan yang mengambil masa kurang lebih 12 minit, saya diminta untuk tetap membayar tambahan RM10 tersebut.
Saya cuba menghubungi pemilik nombor tersebut dan ternyata dia hanyalah seorang pelajar sekolah menengah dan menetap di Perlis. Sedangkan kami di Perak.
Yang menimbulkan musykil di fikiran saya, bagaimana ada ‘budak-budak’ boleh melanggan serta menggunakan akaun emak saya pada tarikh tersebut walhal kami sekeluarga sedang menghadiri walimah saudara di luar Perak!
Sudah tiba masanya untuk pihak ASTRO benar-benar meningkatkan mutu perkhidmatan seiring dengan pencapaian dan keuntungan mereka. Lebih-lebih lagi dalam isu keselamatan begini. Cukup-cukuplah untuk menerima hamburan marah dan segala bentuk ketidakpuasan hati daripada pelanggan.- Harakahdaily

Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.