Followers

Wednesday, September 19, 2012

Tiada Waran Geledah, Waran Tangkap Tidak Sah.. Bukti Konspirasi Terbaru Umno - Posted by Addin

 
Boleh katakan ini adalah konspirasi untuk menyekat Suaram dari membongkarkan penyelewengan dan salahguna kuasa pemimpin Umno dalam skandal Scorpene.

Waran geledah tiada untuk menggeledah premis Suaram dan waran tangkap tidak sah.. ini adalah bukti jelas konspirasi pemimpin Umno untuk menyekat Suaram.

Manakala menjatuhkan kredibiliti Suaram dengan tuduhan pertubuhan haram dan di salurkan oleh dana asing adalah contoh klasik pemimpin Umno dalam berkonspirasi untuk menjatuhkan musuh-musuhnya..

Serbuan ke pejabat Suaram untuk lepaskan Najib kes Scorpene, Altantuya

KUALA LUMPUR 19 September - Serbuan polis dan pegawai pendaftaran pertubuhan (ROS) ke pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini dipercayai sebagai usaha untuk menutup penglibatan Najib Razak dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, tekanan hebat kerajaan terhadap NGO itu bertujuan bagi melepaskan Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan mahkamah.

“Kita yakin dan percaya Suaram punya bukti kukuh untuk menghadapkan Najib dan konco-konconya ke Mahkamah Perancis. Disebabkan itu, hanya dengan memberi tekanan kepada Suaram, Najib berharap gangguan seperti ini dapat menghalang pendedahan seterusnya,” kata Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13.

“Ia juga merupakan amaran kepada NGO lain agar tidak mencampuri urusan kerajaan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno, selain menyekat kebebasan bersuara,” katanya ketika dihubungi.

Pagi tadi, enam pegawai ROS dan polis menyerbu pejabat Suaram di Petaling Jaya.

Menurut peguam Suaram yang berada di pejabat itu, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS tersebut datang ke pejabat itu pada sekitar 11.50 pagi.

“Mereka cuba masuk ke pejabat untuk menggeledah pejabat, tetapi kami tidak benarkan kerana mereka tidak mempunyai waran geledah,” kata Fadiah.

Serbuan tersebut dikaitkan dengan dakwaan Suaram menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai akaun yang meragukan.

3 Julai lalu, sekumpulan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) menyerbu pejabat Suaram kononnya untuk membuat ‘pemeriksaan rutin’.

Namun, pegawai SSM terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila waran yang dibawa tidak sah, kerana tidak ditandatangani pesuruhjaya.

“Ini adalah bukti bahawa Najib pemerintah kuku besi, mengamalkan demokrasi palsu seperti yang pernah dilaporkan media antarabangsa sebelum ini,” kata Fariz.

Pembelian Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.

Pelbagai desakan dibuat untuk meyiasat urusniaga yang meragukan itu, namun hingga kini tiada sebarang tindakan diambil baik ke atas Najib, Razak Baginda atau Syarikat Perimekar sendiri.

Altantuya dibunuh secara kejam apabila mayatnya diletupkan menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Beliau adalah penterjemah kepada Razak Baginda dalam pembelian Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak dan Perdana Menteri.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan Suaram akan didakwa minggu ini berikutan penerimaan dana asing sebanyak RM570,000 dari Open Society Institute kepunyaan George Soros.

Sekali lagi kerajaan dengan pantas menyiasat Suaram, organisasi yang membawa kes ini ke Mahkamah Perancis, tetapi membiarkan Najib dan lain-lain yang terlibat bebas tanpa sebarang siasatan. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.