Followers

Wednesday, September 19, 2012

Kehangatan suhu politik di Sabah kini kian amat-amat dirasakan!

TERKINI! Joseph Kurup Mengamuk Umno Mahu Rampas Pensiangan!

 
Terbaru, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Joseph Kurup didakwa berang apabila mengetahui Umno Pensiangan mahu meletakkan calon mereka di parlimen itu yang sekaligus menamatkan terus hayat politiknya selama 28 tahun.

Ini disahkan sendiri sumber dalaman BN negeri yang mendedahkan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat minggu lalu.

Sumber itu juga mendakwa Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang membuat satu kenyataan akhbar minggu lalu mengatakan Umno Pensiangan sudah bersedia menghadapi pilihanraya umum dan sekaligus menafikan kedudukan Joseph selaku Pengerusi BN dan ahli parlimen itu dipercayai punca kemarahan Joseph.

Seorang ahli PBRS mendakwa amat terkilan dengan kenyataan liar Ketua Penerangan Umno Pensiangan, Anthony Amin yang berkata bahawa persiapan langkah pertama adalah melantik Ketua-Ketua Peti Undi, 23 AJK dan diikuti dengan pembukaan bilik gerakan di 36 peti undi di parliemn tersebut tanpa persetujuan Joseph.

Dakwanya, tugas ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Joseph selaku Pengerusi BN Pensiangan bagi memastikan BN mempertahankan kerusi yang diperuntukkan kepada PBRS.

Ahl PBRS itu meminta Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pensiangan, Hasipin Harinin tidak menjadikan penduduk Pensiangan sebagai ‘benang’ untuk menjahit pakaian mereka yang koyak; kerana tidak mendapat kerusi untuk bertanding dengan melancarkan jentera perang saraf dan propaganda terhadap PBRS.

Dia juga mempersoalkan atas kapasiti apa Ketua Umno Pensiangan, Abdul Ghani Yassin melantik Ketua-Ketua Peti Undi dan mengarahkan mereka melakukan upacara angkat sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Peti Undi.

Sehubungan itu dia menggesa agar Umno Pensiangan tidak mengajar ahli PBRS untuk bersikap ‘kurang ajar’ dengan menikam PBRS dari belakang melalui pembolotan semua Ketua Pusat Mengundi sedangkan calon mereka sendiri tidak bertanding di Pensiangan sebelum ini.

Sumber Umno pula mendakwa pengaruh dan kepimpinan Joseph semakin lemah memaksa Umno membuat keputusan sedemikian tanpa kehadiran ahli parlimen itu.

Parlimen tersebut mempunyai komposisi masyarakat Bumiputera Bukan Islam antara yang teramai di negeri itu yang menyukarkan peluang Umno untuk memenangi kerusi tersebut sekiranya mereka bertanding menggantikan Joseph.

Joseph kekal sebagai ahli parlimen selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Pilihanraya September 2008 lalu yang mengisytiharkan keputusan pilihanraya bagi kerusi tersebut batal dan tidak sah.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.


Beliau menamakan Kurup, pegawai pengurus pilihanraya, Bubudan OT Majalu dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 apabila kertas pencalonan Andipai ditolak kerana diserahkan selepas jam 10 pagi (masa tamat penyerahan borang).




JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.