Itu lah dia kalau dinamakan Umno Totok beb... dah kena tipu dengan
Pemimpin Umno pun masih nak mengharapkan yang Pemimpin Umno akan
berubah... kalau mengikut Pepatah Melayu Dolo Dolu...
Manusia kalau
jenis yang Cerdik hanya akan tertipu sekali aje... dan kalau lebih-lebih
pun gua up lah untuk kedua kalinya... tapi kalau banyak kali tertipu
dengan Gerombolan yang sama...
Itu bermaksud lu orang kena fikir lah beb
apa yang patut dipanggil dengan mereka-mereka ni... jadi lu sahabat
Pakatan Rakyat (PR) jangan marah sangat kat dia orang ok... kah kah kah
!.
Yang peliknya Pak Cik ni bukan orang sebarangan beb... beliau ialah
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kan gua dah cakap bukan
orang sebarangan... beliau bukan jenis yang berborak di Kedai Kopi tapi
yang bersantai di Cafe-Cafe...
Namun begitu beliau pun masih boleh di
tipu oleh Pemimpin Umno... cuba lah lu orang bayangkan pulak... begini
punya Cerdik Manusia pun boleh tertipu dengan Pemimpin Umno...
Apa lagi
Orang-Orang yang dikatakan oleh Tun Madey iaitu "Dah Berpuluh Tahun Yang
Cerdik Pandai Tak Masuk Umno"... kah kah kah !.
Menurut Presiden DPMM ni yang jelas penuh dengan Kekecewaan berkata "MRT
yang bernilai RM36 bilion kita kontraktor DPMM tak dapat langsung...
Orang yang dapat pula luar biasa... Gagal buat kereta api... diberi lagi
projek MRT...
Diharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar
tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang... jadi semua
perkara ini kita minta pada PM jangan banyak sangat buat perkara
pelik-pelik...
Nanti generasi akan datang akan marah kepada kerajaan"
kata presidennya Datuk Syed Ali Alattas pada sidang media
selepas Forum Meja Bulat GLC DPMM di Kuala Lumpur.
Cuma
disini gua nak kaitkan cerita Pak cik ni dengan cerita Nujum Pak
Belalang yang mana Penyamun-Penyamun membahagikan Harta yang disamun...
seperti ini "Satu untuk kau Satu aku... Dua untuk kau Dua untuk aku...
Tiga untuk kau Tiga untuk aku"...
"Mana boleh ini tak adil... apa pasal
kau punya tinggi aku punya rendah"... kah kah kah... tapi kalau dilihat
beb... penyamun-penyamun dalam cerita tersebut adil dan jujur sesama
mereka...
Tapi penyamun yang ada kat dalam Umno ni... sesama mereka pun
tak adil... apa tah lagi nak diharapkan adil terhadap orang yang di
samun iaitu Rakyat... kirim salam aje lah beb... kah kah kah !.
Ini kerana sebelum ini Unit Peneraju Agenda
Bumiputera (TERAJU) pernah mengatakan 47 peratus daripada projek
MRT itu akan ditawarkan kepada bumiputera dan ianya jauh melebihi
sasaran awal iaitu
sebanyak 43 peratus sahaja...
Lu orang bayangkan 47 peratus dikatakan
oleh TERAJU tapi Telur Ayam (kosong) seperti yang dikatakan oleh
Presiden DPMM... jadi mana satu yang lu orang nak percaya beb... kah kah
kah...
Sebab itu gua katakan ini semua berkisah seakan-akan cerita
Nujum Pak Belalang yang bezanya hanya jalan cerita dan masa ianya
diceritakan... nak lebih jelas lu orang baca laporan MK
hemmmmm.....
kalau pak cik nak tahu tak usah tunggu generasi yang akan datang...
generasi sekarang ni pun dah meluat gila babi dengan umno ni pak cik
oiiii.... yang pak cik nampak hanya ini saja benda peliknya.... tapi
bagi gua lah pak cik macam-macam ada benda pelik yang haji najib buat...
kah kah kah... umporno perkasam jati... betyul-betul meloyakan
heeeee... A B U.
Mat Indera Sipejuang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.