KUALA LUMPUR Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk
Seri Najib Razak menjelaskan kemunculan bakal menantunya pada Majlis
Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu.
Anak Najib, Noryana Najwa (tengah) bersama tunangnya, Daniyar (kanan)
pada majlis sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang.
Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata, Najib perlu menjawab dan
menjelaskan kedudukan sebenar bakal menantunya, yang sedang diburu pihak
berkuasa antarabangsa.“Najib perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung
isu ini, bakal menantu beliau bukan orang biasa kerana terlibat dalam
jenayah berprofil tinggi.
“Rakyat juga berhak mengetahui siapa bakal menantu beliau kerana Najib
merupakan pemimpin tertinggi negara.“Kita tidak mahu nama negara
terjejas di mata dunia kerana menyembunyikan seorang penjenayah,”
katanya ketika dihubungi.
Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev sebelum ini dilapor
menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung
penipuan terhadap bapa tirinya, Bolat Nazarbayev melibatkan seunit
kondominium mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).
Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai
Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam
seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson. ~kd
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.