KUALA LUMPUR: Sikap
berdiam diri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota
kabinet yang lain dalam isu penjualan dokumen rahsia pertahanan negara
dalam kes Skandal Scorpene seolaholah menyembunyikan satu ‘rahsia
besar’.
Malah,
seluruh anggota kabinet seolah-olah berdiam diri dan tidak mahu respons
kepada isu tersebut menimbulkan persoalan yang besar.
“Jika
isu ini hanya semata- mata fitnah, PM perlu menyaman media antarabangsa
yang cuba mengaitkan nama beliau. Jika tidak, ia hanya menguatkan
spekulasi bahawa mungkin beliau benar-benar terlibat dalam skandal
paling memalukan negara ini,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS
Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kepada Harakah pada 2 Julai lalu.
Sebelum
ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa syarikat pembuat kapal
Perancis DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong
Kong) Ltd, untuk mendapatkan dokumen rahsia tersebut bagi tujuan
kerja-kerja “kejuruteraan komersial.”
Dalam
pada itu, jawapan balas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen
rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara.
Mengulas
lanjut, Riduan berkata jawapan kerajaan tidak berminat untuk menghantar
wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh
di mahkamah Perancis amat mengecewakan.
Katanya lagi, jawapan itu menunjukkan kerajan tidak serius menangani penyelewengan dan menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh.
Kata
Riduan, Pemuda PAS kesal kerana usul mengenai isu ini ditolak oleh
Dewan Rakyat bulan lalu tanpa sebarang perbahasan panjang mengenainya.
Riduan
berkata dalam keadaan seluruh dunia heboh memperkatakannya malah ia
mula dibicarakan di mahkamah Perancis, kerajaan Malaysia menganggap
dakwaan itu kes kecil.
Lebih parah lagi kerajaan menyatakan ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, katanya.
“Tidak
sepatutnya Dr Zahid menjawab dalam bentuk penafian begini lebih-lebih
lagi kerana kes ini membabitkan nama pemimpin utama negara ini iaitu
Perdana Menteri sendiri.
Kerajaan
Malaysia sepatutnya memandang ini sebagai isu yang amat penting untuk
ditangani kerana ia boleh menjejaskan kedudukan pertahanan negara.
“Menjual
dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia negara adalah satu perbuatan
khianat dan pelakunya mesti didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal
dengan kesalahannya,” katanya.
Jika
dokumen rahsia pertahanan negara juga boleh dijual beli, ini petanda
buruk keselamatan negara sedang diancam dan negara berada dalam keadaan
bahaya kerana terdedah dengan serangan dan manipulasi oleh musuh,
katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.