Ini rasanya dah kali ketiga dalam bulan julai ini dibuat himpunan
membantah akta zalim,akta kejam atau akta tidak berperikemanusia yang
masih berada dimuka bumi tanahair ini, kononya Najib dah bubarkan tapi
masih terdapat 45 orang tahanan dibawah akta celaka itu didalam kem
tahanan kemunting (KEMTA).
Kali pertama dalam bulan julai himpunan ini kehadiran peserta tidaklah
memberansangkan,sekitar 50 saja,kali kedua jumlahnya bertambah mencecah
lebih 300 peserta dengan kehadiran 3 artis dan beberapa pimpinan
peringkat kawasan dan hari ini kali ketiga jumlahnya bertambah berlipat
kali ganda...1500 peserta hadir,itu tidak termasuk hampir 600 ke 1000
peserta yang terkandas kerana sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak
polis yang dikatakan sengaja menyekat rombongan peserta yang
keseluruhanya dari Kawasan Larut dari menyertai himpunan ini menurut Ust
Akmal Kamaruddin. Jelas sistem demokrasi dinegara ini telah komuniskan
oleh mereka hari ini.
Seorang
peserta dari Larut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang diperlakukan
oleh pihak polis hari ini. Kami datang agak jauh dari Selama,Batu Kurau
dan ada yang dari Ijok semata-mata ingin bersama menyatakan sokongan
kami dalam membantah akta ISA ini,kami ada lesen motorsikal,kami pakai
topi keledar dan kami tak bawa apa-apa bendera politik...kami hanya
datang hanya sebagai rakyat yang cintakan keadilan dinegara ini ujarnya.
Paling agak mengecewakan ialah tiada kelibat Datuk Fauzi Shaari yang
menyertai PAS setelah tamat berkhidmat sebagai orang no.3 tertinggi
dalam polis...kami harapkan beliau turut hadir memberi sokongan kepada
kami dalam membantah akta zalim ini setelah sertai perjuangan PAS
tambahnya lagi. Didalam perhimpunan kali ini menampilkan pemimpin
Pakatan Rakyat serta barisan artis turut serta seperti Datuk Seri
Nizar,Ust Nasruddin Hassan At Tantawi,Aishah Srikandi,Bob Lokman,Leman
Raja Lawak dan ramai lagi....kecuali kelibat Datuk Fauzi Shaari...
|
Bob Lokman,Aishah Srikandi dan Leman turut serta Himpunan Bantah ISA |
|
Barisan FRU dihadapan pintu KEMTA menyambut kami hari ini..haha.. |
|
Peserta mula berkumpul |
|
Barisan pimpinan yang prihatin hadir bersama rakyat |
| | |
DSN sedang berucap diakhir program ini | | | |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.