Budak
ini memang selamba. Hendak kata cerdik pun tidak seberapa. Hendak kata
tidak pandai berpolitik pun, mungkin juga. Tetapi selalu sahaja
terkeluar rel. Wrong person at wrong timing and wrong place.
Inilah masalahnya dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga Ahli Parlimen Rembau
Cita-citanya
amat besar. Suatu ketika dahulu dicetuskan rumours, beliau digilap
politiknya oleh kumpulan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi
Perdana Menteri Malaysia.
Namun,
beliau bernasib malang apabila pada Pilihan Raya Umum 2008, parti dan
kerajaan yang diterajui bapa mertuanya, hampir tumbang dipukul badai
tsunami Pakatan Rakyat. Dengan perletakan jawatan Abdullah sebagai PM,
selepas setahun digelodak orang Umno, nasib Khairy dalam politik turut
malap.
Khairy
orang muda. Jiwanya, jiwa muda. Banyak gambar pelbagai aksi beliau
boleh diperolehi dalam internet. Dari duduk santai minum-minum di kelab,
berpakaian ala wanita, berjoget di Perhimpunan Belia, macam-macam ada.
Khairy
juga minat sukan bolasepak. Beliau adalah Timbalan Presiden FAM.
Tetapi, kalau pun peminat bolasepak, harus juga peka sensitiviti orang
lain. Khairy ahli politik, tetapi selalunya politik 'makan diri'.
Khairy
berhimpun dan berdialog dengan geng twitternya di KLCC, 15 Jun lepas.
Beliau memakai jersi pasukan bolasepak Perancis. Kononnya hendak sehati
sejiwa dengan anak muda, tetapi tanpa beliau sedari, beliau melakukan
suatu tindakan yang amat-amat sensitif, pada pandangan ketuanya, Dato'
Seri Najib Tun Razak.
Dalam
menjalankan tugas sebagai PM, ada banyak negara Najib suka pergi.
Tetapi beliau cukup tidak berkenan dengan negara Perancis, buat masa
ini.
Isunya
ialah apabila namanya disabitkan oleh mahkamah Perancis, sebagai orang
yang harus disoalsiasat sebagai saksi dalam kes penyelewengan pembelian
kapal selam Scorpene.
Perancis
tidak mendakwa Najib terbabit dalam penyelewengan atau rasuah. Perancis
juga tidak mendakwa Najib terbabit membunuh Altantuya. Tiada siapa pun
yang menuduh Najib terbabit membunuh Altantuya. Orang seperti pencacai
Zulkifli Noordin yang memfitnah dan berbohong siang malam, menuduh Dato'
Seri Anwar Ibrahim mengatakan Najib membunuh Altantuya.
Semasa
Zulkifli belum melompat, beliaulah yang menjaja dan memaki hamun Najib
serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, di merata ceramah dan kuliah.
Dia yang mula-mula menuduh Najib dan Rosmah, sebaliknya selepas membuat
pusingan u-turn, beliau mendakwa orang lain yang menuduh Najib. Manusia
yang sejahat ini harus dihapuskan daripada politik Malaysia, biar dia
balik Baling tanam pokok getah lagi baik.
Isu
Scorpene yang mula dibicarakan di mahkamah Perancis inilah yang
menggusarkan Najib. Ia akan mengaitkannya dengan bekas kroni kanannya,
Abdul Razak Baginda. Perbicaraan Scorpene akan membongkar penyelewengan
urusniaga pembelian kapal selam untuk angkatan tentera Malaysia, akan
mengheret Najib dan orang rapatnya Razak baginda ke Mahkamah negara itu.
Dilaporkan
terdapat berita terbaru mengatakan, saksi pertama kes skandal
penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis
kerana sapina terhadapnya, telah dikeluarkan oleh Mahkamah negara itu.
Bulan
Julai ini, Razak Baginda dijangka juga akan dipanggil memberi
keterangan dalam kes melibatkan salah urus niaga itu. Selepas itu,
dikhabarkan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Najib
pula akan dipanggil.
Dari
sudut undang-undang, mahkamah Perancis berhak mengeluarkan sapina
kepada Najib dan Zahid. Dan jika kedua-duanya ingkar dan enggan mematuhi
sapina yang dikeluarkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.
Perancis
adalah sebuah negara yang mengikat perjanjian dengan Kesatuan Eropah.
Persoalannya, jika waran tangkap dikeluarkan, apakah ianya meliputi
negara Perancis sahaja, atau seluas tanah jajahan Eropah?
Maksudnya,
apakah keengganan Najib dan Zahid mematuhi sapina yang dikeluarkan akan
memberi implikasi, bahawa mereka boleh ditangkap di mana-mana negara
Eropah?
Mungkin tidak perlu kita selami lebih jauh apakah implikasi perbicaraan Scorpene kepada Najib dan masa depan politik Umno-BN.
Cukup
untuk kita andaikan, kemungkinan jika kes tersebut dibongkar, ianya
akan menyebabkan PM berada dalam keadaan yang amat tidak selesa. Media
tempatan boleh ditutup, tetapi laporan media antarabangsa yang boleh
dilayari menerusi internet, bagaimana BN hendak sekat.
Kembali
kepada soal jersi Perancis yang dipakai Khairy tadi. Jelas beliau tidak
peka dengan sensitiviti Najib. Dalam keadaan sekarang perkataan
Perancis pun dia tak berapa sudi hendak dengar atau mungkin juga jika
perkataan itu terdengar, PM akan pening kepala.
Tapi
Khairy dengan selambanya, dengan suka-suka hati memperli Najib dalam
satu pertemuan antara ketua pemuda itu dengan pengikut twitter beliau.
Khairy memakai baju jersi negara Perancis yang mengambil bahagian dalam
pertandingan bolasepak Euro 2012 yang berlangsung sekarang.
Buat
masa ini kalau minat bolasepak pun, tak payahlah sokong Perancis.
Sokonglah Sepanyol ke, Portugal ke, England pun tidak mengapa.
Ada
orang Umno bertanya, apa maksud yang Khairy mahu sampaikan? Mengapa
dalam ketakutan orang Umno terhadap isu Scorpene yang sedang dibicarakan
di Perancis, Khairy terang-terangan memakai jersi Perancis?
Atau
pun mungkin Khairy ada maksud yang tersirat hendak memperli Najib.
Apakah Khairy masih berdendam dengan juak-juak Najib yang menjatuhkan
bapa mertuanya dari jawatan PM dan Presiden Umno, atau masih bengang
kerana Najib tidak melantiknya ke jawatan kabinet, sedangkan beliau
Ketua Pemuda?
Khairy
ada menyebutkan bahawa beliau baru menjalankan 50 peratus tugas sebagai
Ketua Pemuda. Beliau meminta diberikan jawatan itu sepenggal lagi.
Tetapi Khairy bakal melalui laluan sukar kerana beliau tidak dikehendaki
kedua-dua kumpulan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan
Najib memang tidak berminat dengan Khairy. Manakala Muhyiddin yang
bercita-cita besar untuk menggantikan Najib, terpaksa bersandar dengan
sokongan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang Umno tahu Dr
Mahathir dan Khairy berseteru.
Dengan
situasi yang ada sekarang, Khairy memang tiada peluang lagi. Bukan
sahaja jawatan Ketua Pemuda, jawatan Ahli Parlimen Rembau pun khabarnya
sudah hampir pasti dicantas.
Khairy
harus sedar bahawa iklim politik sekarang ini, tidak memihak kepada
Umno-BN. Oleh kerana itu, tidak perlulah beliau merayu Umno mengekalkan
beliau sebagai Ketua Pemuda atau MP sepenggal lagi, kerana belum tentu
selepas PRU ke-13 nanti Umno wujud lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.