MUHYIDDIN YASSIN selaku TPM terus tidak segan silu menipu rakyat.
Mungkin beliau kini kehabisan modal lagi untuk mengajak rakyat terus bersama parti korup yang bernama Umno.
Mungkin juga beliau mahu `cover' malunya apabila dihentam oleh DS Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang ini mengajak beliau bersama-sama dedahkan akaun atau kekayaan masing-masing
Di
Kuala Nerang, TPM berterusan menggunakan modal lapuk lagi usang untuk
menyerang PR terutamanya PAS kerana di Kedah sekarang PAS mengetuai
kerajaan.
Saya mahu menjawab hujah-hujah lapuk Muhyiddin itu kerana
bagi saya hujah Muhyiddin terlalu `low class' untuk dijawab oleh
pimpinan kita.
Beliau menyebut bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan sesiapa
mengundi PAS mendapat pahala sedangkan sebelum ini Nik Aziz mendakwa
sesiapa yang mengundi PAS akan masuk syurga manakala mengundi Umno akan
masuk neraka.
Jelas, Muhyiddin menipu apabila beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz ada mendakwa `mengundi PAS masuk Syurga, mengundi Umno masuk Neraka".
Bahkan, Tuan Guru Nik Aziz pernah mencabar pemimpin-pemimpin Umno
termasuk para Mufti menunjukkan bukti bahawa beliau ada berkata
sedemikian.
Apa
yang sering disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah, menyokong
perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dengan niat untuk menegakkan Islam
itu berpahala, sebaliknya sesiapa yang menyokong mana-mana golongan
yang menentang perjuangan Islam atau golongan yang memperjuangkan dasar
kebangsaan semata-mata, dasar komunis atau apa jua dasar yang
bertentangan dengan Islam akan mendapat dosa.
Apabila disebut pahala,
Allah telah menjanjikan Syurga manakala jika disebut dosa Allah
menjanjikan Neraka. Ini bukan soal PAS atau Umno, tetapi soal hukum
memperjuangkan Islam.
Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut jika Umno
sanggup memperjuangkan Islam, PAS akan dibubarkan dan semua ahli PAS
akan bersama Umno dan biarlah Umno memerintah negara ini sehingga
kiamat.
Mengapa
begitu jahilnya Muhyiddin yang dikatakan bapanya seorang yang kuat
agama ini? Memanglah urusan Syurga dan Neraka itu hak Allah, tetapi
sebagai hambanya Allah perintahkan kita untuk menurut kehendak Islam.
Adakah jika kita menurut kehendak Islam, maka Allah tempatkan kita ke
Neraka?
Contohnya mudah, Allah halalkan minum susu lembu dan Allah
mengharamkan minum arak. Jika kita minum arak juga, adakah Allah
letakkan kita ke Syurga?
Muhyiddin juga menunjukkan kejahilannya di dalam hukum terhadap rakyat yang menerima BR1M sebanyak RM 500 itu. Katanya, apabila kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), PAS mengeluarkan fatwa ia adalah rasuah tetapi anggota (parti) mereka tetap mengambilnya.
Kalau rasuah janganlah terima, kata Muhyiddin. PAS
tidak pernah mengatakan penerima BR1M itu sebagai penerima rasuah,
malahan PAS sentiasa menyeru rakyat agar mengambilnya.
Apa
yang dimaksudkan oleh PAS sebagai rasuah itu adalah jika si penerima
BR1M itu mengambil wang berkenaan, dan dengan mendapat wang tersebut
beliau sanggup mengikut kehendak si pemberi dengan menyokong Umno/Bn
maka itulah rasuah namanya dan ianya tetap wang rasuah.
Sebaliknya,
jika rakyat menerima wang berkenaan dan tidak berubah pendirian mereka,
maka wang itu bukan rasuah dan wang itu memang hak mereka yang
sepatutnya mereka terima.
Ertikata lain, pemberian wang atau projek
atau bantuan sebanyak mana sekali pun selagi tidak mempengaruhi mereka,
maka ianya bukan perbuatan rasuah. Susah sangatkah Muhyiddin mahu
menafsirkan erti rasuah ini?
Kata Muhyiddin lagi, Pakatan
pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang merupakan janji-janji mereka
jika berjaya menawan Putrajaya tetapi kalau diteliti, jika ia
dilaksanakan, boleh menyebabkan negara muflis. Hujah bengap dari
Muhyiddin ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat yang berakal kecuali
mereka yang bersekongkol dengan lembu-lembu kondo.
Muhyiddin patut
sebut di bahagian manakah di dalam Buku Jingga yang boleh menjadikan
negara ini bankrap? Penurunan harga minyak? Kemudahan wifi percuma?
Penghapusan Tol?
Beliau tidak berani sebut kerana jika beliau sebut
menampakkan lagi kebebalannya. Semua hujah Muhyiddin tersebut telah
dijawab awal lagi oleh DS Anwar.
Sebab itulah DS Anwar berkali-kali
mencabar Najib atau Muhyiddin untuk berdebat mengenai Buku Jingga.
Masalahnya, pemimpin Umno tidak mampu untuk berhujah dengan DS Anwar kerana mereka tahu apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu releven dan boleh direalisasikan. Cuma Umno sahaja tidak mampu melaksanakannya kerana Umno dan rasuah tidak boleh dipisahkan.
Tidak ada negara yang dasarnya
membantu rakyat dan tidak rasuah boleh bankrap. Apa yang selalu kita
lihat negara menjadi bankrap apabila negara tidak dapat diurus dengan
baik, telus dan amanah.
Kita masih ingat, sewaktu awal-awal PR
memerintah Selangor dengan memperkenalkan air percuma dan beberapa
insentif lain untuk kebajikan rakyat Selangor, pemimpin Umno memberi
amaran kerajaan di bawah Tan Sri Khalid itu hanya mampu bertahan 3 bulan
sahaja.
Sekarang terbukti, hampir sepenggal PR memerintah Selangor,
usahkan bankrap malahan bertambah kantung simpanan Selangor melebihi 1
Bilion. Sekali lagi Muhyiddin menunjukkan kecetekan beliau di dalam
membicarakan soal ekonomi.
Kunci pertama untuk kita menilai samada pemimpin Umno ini ikhlas atau menipu rakyat amat mudah. Pertama, kita lihat rekod 50 tahun lebih mereka mentadbir negeri atau negara ini. Adakah kita semakin senang atau susah?
Adakah kita boleh mendabik dada mengatakan kita kini hidup di dalam
kesenangan hanya kerana mendapat BR1M sebanyak RM500 dan pemberian RM15,
000 buat Peneroka Felda?
Kita jangan mengukur kesenangan hidup hanya
dengan duit, itu pun setelah mereka memerintah lebih 50 tahun baru
mereka mahu menghulur sebanyak itu. Sudah berapa banyak wang rakyat
lesap ditelan oleh mereka selama berpuluh tahun sebelum ini?
Keduanya,
jika pemimpin Umno ini benar-benar ikhlas dan jujur mereka pasti akan
sanggup berdepan dengan cabaran DS Anwar untuk berdebat di dalam soal
ekonomi negara. Apa yang perlu mereka takutkan jika mereka benar?
Apa yang mereka mahu khuatirkan jika mereka tidak rasuah dan
menyeleweng? Kononnya DS Anwar akan bankrapkan negara, kononnya DS
Anwar tidak boleh mengurus ekonomi negara, jika mereka ada hujah
sedemikian alangkah baiknya jika mereka gunakan hujah-hujah mereka untuk
menangkis Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di dalam
perdebatan.
Ketika itu, jika rakyat merasakan hujah pemimpin Umno itu
betul maka sudah tentu rakyat tidak mempercayai janji-janji Pakatan
Rakyat. Tetapi, jika rakyat pula melihat bahawa terbukti Umno
mengamalkan rasuah dan penyelewengan, maka sudah pasti rakyat akan
menolak Umno. Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh Najib dan
Muhyiddin.
Sehubungan
itu, tiada sebab rakyat di Kedah, Selangor, P.Pinang, Kelantan dan
Perak untuk menukar kerajaan yang mereka pilih pada Tahun 2008 yang
lalu. Bahkan, di negeri-negeri lain juga mereka telah melihat betapa
jauh bezanya umpama langit dan bumi pemerintahan di bawah Pakatan Rakyat
di negeri-negeri berkenaan (kecuali Perak yang telah dirampas oleh
lanun) berbanding ketika berada di bawah Umno/Bn.
Maka, tiada sebab
untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya
kecuali mereka yang buta hati sahaja yang masih mengharapkan parti penuh
rasuah ini untuk terus berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.