Dalam sibuk mencanangkan transformasi ekonomi itu dan ini di seluruh negara, rupanya dalam parlimennya sendiri pun masih ramai rakyat bawahan yang tak putus-putus mengundinya setiap kali pilihanraya kekal hidup merempat!
Tidak pula terdengar Perdana Menteri, Najib Altantuya sendiri menghulurkan Bantuan Rakyat 1Msia (BR1M) sebaliknya tugas itu diserahkan kepada Adun atau pegawai khasnya seolah-olah Najib Altantuya bukan mewakili mereka.
Fikir rakyat, apabila manusia paling berkuasa di Malaysia itu mewakili mereka, segala jenis bantuan mahupun projek pembangunan yang memberi manfaat buat rakyat terbanyak pasti lebih mudah dilaksanakan.
Malangnya tidak, malah lebih daripada dua bulan Najib Altantuya sudah tidak melawat kawasannya sendiri, dan terpaksalah sekali lagi Adun yang menggalas tugas yang sepatutnya Najib Altantuya lakukan!
Belum lagi ditambah dengan isu pendatang tanpa izin Myanmar dan Kemboja yang hidup mewah dipagari dengan kawalan keselamatan yang bekerja di ladang nenas, sebaliknya rakyat yang mempunyai kewarganegaraan yang sah pula dinafikan hak untuk mendapat bantuan.
Apakah Najib Altantuya lupa sejarah bagaimana dia hampir tersungkur pada pilihanraya umum 1999 apabila hanya memperolehi 241 undi majoriti yang diselamatkan di saat akhir?
Kisahnya, dalam Parlimen Pekan yang diterajui Najib Altantuya sendiri, masih ada dua beranak hidup bergelap tanpa bekalan elektrik selama lebih setahun.
Kedaifan mereka yang tinggal di Kampung Sekukuh Darat itu disebabkan ketiadaan kotak suis utama di rumah yang diperoleh daripada bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Warga emas, Habsah Sulaiman, 74, dan anak keduanya, Mahadi Osman, 45, hanya bergantung kepada aktiviti mengutip ketam nipah sebagai sumber pendapatan.
“Kami tinggal di rumah PPRT ini sejak lima tahun lepas namun ketiadaan bekalan elektrik sejak lebih setahun lalu akibat kerosakan pada kotak suis utama menyebabkan kami menggunakan lilin pada waktu malam," kata Mahadi dipetik Sinar Harian.
Menurut Mahadi, pendapatan kecil setiap hari menyebabkan mereka tidak cukup wang untuk memasang sistem pendawaian di rumah.
“Arwah ayah, Osman Latiff meninggal dunia pada 1969 akibat demam panas dan kami tiga beradik dibesarkan ibu yang bekerja sebagai nelayan kecil dan mengutip ketam nipah.
“Kini ibu semakin uzur namun masih turun ke sungai untuk mencari ketam nipah yang mana hasil kutipan paling banyak hanya kira-kira RM30 sehari,” katanya dipetik.
“Saya berharap agar ada pihak sudi membantu mendapatkan kotak suis utama bagi memastikan kehidupan kami lebih baik dengan memperoleh kemudahan bekalan elektrik,” katanya lagi.
Najib Altantuya yang merupakan Ahli Parlimen Pekan terbukti gagal membantu rakyat di kawasannya sedangkan beliau mempunyai kemewahan dan kemampuan yang melebihi untuk membantu penduduk setempat.
Malah ini merupakan tanggungjawab beliau selaku Perdana Menteri untuk meringankan beban rakyat.
Tidak malukah Najib Altantuya berhadapan keadaan ini ketika beliau berdegar-degar mengumumkan pelbagai program transformasi tetapi meminggirkan warga emas di bawah Parlimennya sendiri?
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.