Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah.
Menurut beliau, Zamil merupakan seorang penjual burger sebelum mengecapi kemewahan sejak kebelakangan ini.
“Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti
bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini,
dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik
tradisional.
“Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang
dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari
ini hasil jualan burger dan ubat tradisional,” kata Saifuddin dalam
sidang media semalam.
Ahli Parlimen Machang itu turut mendedahkan, Zamil adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.
“Saya cabar dia (Zamil) menafikan perkara ini jika pendedahan saya tidak benar,” katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan di
Parlimen semalam, Zamil antara individu yang ada dalam rakaman video
cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan.
Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk
memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2
juta.
Zamil dipercayai menerima komisen berdasarkan dialog dalam rakaman tersebut./KeadilanDaily.
Agen DSAI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.