Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar
Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.
Dokumen mahkamah yang
difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya
seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti
Columbia menggunakan dokumen palsu.
Menurut The New York Post hari
ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk
memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di
Kazakhstan.
Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.
Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.
The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.