KUALA
LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi
Felda, Tan Sri Isa Samad telah berbohong dengan menyatakan tidak ada
seinci tanah peneroka terlibat dalam proses penyenaraian Felda Global
Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Katanya,
pembohongan itu dibuktikan pada lampiran perjanjian pajakan tanah yang
ditandatangani di antara Felda dan FGV bertarikh 1 November 2011.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, prospektus
penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan
kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus
sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan
individu bukan Bumiputra.
“Pendedahan perjanjian
ini mengesahkan bahawa semua tanah tidak bergeran di dalam penempatan
Felda seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang
dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta. Sedangkan tanah-tanah ini
menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga Felda.
“Pendedahan
ini juga jelas membuktikan (Datuk Seri) Najib dan Tan Sri Isa Samad
berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga
Felda tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV. BN telah
memajakkan TRM yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada FGV yang
disenaraikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, Rafizi menggesa Najib memberi jaminan kepada peneroka supaya tanah mereka tidak akan tergadai suatu hari nanti.
“Apakah
jaminan Najib dan Isa bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa
kelak, atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan
warga Felda? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit yang didirikan di
atas tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan
oleh FGV?
“Ini menimbulkan persoalan penting
status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan kuasai oleh syarikat
yang tidak dikuasai Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang
TRM yang mengekalkan hak milik di tangan Melayu,” ujarnya.
Sebelum
ini, Najib dilapor menegaskan tanah hak milik peneroka tidak terlibat
dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. Beliau berkata, hanya
tanah-tanah kerajaan negeri yang akan terlibat dalam penyenaraian
tersebut dan menolak dakwaan tanah peneroka akan tergadai.
Tambahnya,
tanah-tanah kerajaan negeri yang terlibat adalah tanah yang diberi hak
memajukan kepada Kerajaan Persekutuan seperti peruntukan dalam Akta
Kawasan Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang selama ini diurus oleh Felda
Plantations. -
keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.