Umno/BN melaungkan syarat untuk menjadi calon mereka seseorang itu
mestilah menjadi 'winnable candidate'. Apa yang mereka maksudkan sebagai
calon boleh menang itu?.
Saya cadangkan Pakatan Rakyat meletakkan calon
mereka kesemuanya daripada mereka yang mempunyai rupa paras yang amat
elok di tambah dengan perangai yang baik dan otak yang bijak, kemenangan
sudah pasti menghampiri Putrajaya.
Kajian yang dijalankan terhadap
kesan rupa paras dalam menerima undian rakyat di Jerman mendapati mereka
yang ada rupa paras yang elok mendapat lebihan undian sebanyak 15%
daripada calon biasa.
Itu belum diambil kira dengan ketelusan, kebijaksanaan dan lain-lain.
Kita mungkin berkata kajian tersebut adalah di Eropah dan tak sesuai
dengan budaya negara kita.
Tetapi kajian yang sama juga dijalankan di Taiwan negara Asia yang satu
kufu dengan kita mendapati perbezaan lebih undi pada mereka yang ada
rupa paras yang elok juga amat tinggi sebagaimana di Eropah tadi.
Rumusannya PR hendaklah mencari calon yang cukup elok rupa parasnya,
lebih elok lebih bagus untuk menarik jumlah undian yang tinggi
berbanding calon Umno/BN yang kebanyakannya buruk-buruk rupa paras
mereka.
Calon seperti Nurul Ezzah adalah cukup baik, Cantik, Bijak dan Jujur serta kuat bekerja. Tambah lagi ramai calon sebegitu, Wardina seumpamanya....?
Sumber: Buku " Beauty Pays: Why Attractive People Are More Successful"
~ wartasubhi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.