TELUK INTAN, 15 April -
PRU kali ini bukan seperti PRU sebelum ini yang hanya untuk mengesahkan
UMNO/BN berkuasa sepenggal demi sepenggal. Tetapi PRU13 akan menentukan
sama ada UMNO/BN kekal atau tumbang kerana situasi di mana rakyat
majoriti ingin segera menukar kerajaan yang ada iaitu UMNO/BN.
Demikian
ucapan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, YB Datuk Paduka Husam
Musa semasa menyampaikan ceramah beliau di Markaz PAS Kawasan Teluk
Intan, Kg. padang Tembak dekat sini.
"Dulu rakyat tidak boleh
dipersalahkan kerana segala penyelewengan dan kezaliman tidak terbongkar
tidak seperti sekarang ini di mana rakyat mudah mengakses maklumat
dengan pantas dengan mengetahui setiap kepincangan UMNO/BN melalui
isu-isu besar," tambah Exco kerajaan Negeri Kelantan itu.
"Kalau dulu nilai ringgit negara
adalah sama dengan nilai dollar Singapura. RM1 adalah sama dengan $1
Singapura. Kini, nilai dollar Singapura lebih stabil dan nilai RM telah
jatuh. Ini sudah cukup sebagai penanda aras mudah negara kita tidak
ditadbir sebaik negara-negara lain, " ujar beliau lagi.
Dari kanan : Ustaz Misbah, YB Anuar Sudin, YB Husam Musa dan Ustaz Ismail. |
Beliau juga menyatakan bahawa
isu PTPTN akan melahirkan masyarakat yang berhutang dan bangkrap.
Sekarang sahaja terdapat 80 ribu rakyat yang menunggu masa untuk
bangkrap akibat gagal membayar balik PTPTN dan 400 ribu lagi telah
disenarai hitam di mana majoritinya orang Melayu. Jadi kalau begitu
keadaannya, tidak ada sebab bagi rakyat negara ini untuk tidak menyokong
Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan PTPTN.
Datuk Paduka Husam melancarkan gimik BERSIH 3.0 sambil diperhatikan Ustaz Misbah. |
Beliau
juga menyeru rakyat hadir beramai-ramai ke BERSIH 3.0 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April nanti sebagai protes sistem pilihan
raya negara ini telah dicemari dengan teruk sekali.
Sebelum itu, beliau telah
melancarkan BERSIH3.0 peringkat negeri. Turut menyampaikan ceramah ialah
Timbalan Pesuruhjaya Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha
BPPN Perak Dr. Muhaimin Sulam dan ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar
Sudin.
intanhijau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.