Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
SKANDAL
seks ‘Datuk S’ semakin menarik berikutan lebih 12 laporan polis telah
dibuat terhadap ‘Datuk S’ oleh pelbagai pihak termasuk DAP, PKR dan
NGO; tidak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) yang
dikhabarkan melakukan tangkapan khalwat terhadap ‘Datuk S’ di Hotel
Hyyatt Kinabalu sedikit masa lalu.
Paparazzi mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan gambar
Datin Nooraini Binti Othman, isteri Nombor 3 ‘Datuk S’ yang
dikhabarkan bernikah di Thailand tetapi tidak mendaftarkan pernikahan
mereka di Malaysia kerana tidak mendapat persetujuan isteri pertama
(Datin J), malah menurut khabar rakan Paparazzi, Datin J tidak tahu
‘Datuk S’ telah bernikah dengan ‘Datin Nooraini.’
Malah
isteri angkat @ gundik ‘Datuk S’ iaitu ‘Datin’ Pia Dahlan tidak
mengetahui ‘Datuk S’ bernikah dengan Datin Nooraini, janda kepada Datuk
Yahya, pemimpin UMNO Sabah kerana sifat ‘Datuk S’ seperti watak Jamil
dalam Filem ‘Madu 3’ lakonan Allahyarham P. Ramlee.
Sebagai
seorang ‘Jutawan Segera’ yang dilahirkan UMNO, Datuk S yang mendapat
‘durian runtuh’ RM500,000 sebulan setelah dilantik sebagai Pengerusi
Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah, semakin menunjukkan belang
sebagai kasanova termasuk menggoda anak gadis rakannya dan meniduri
gadis tersebut di Hyyatt Kinabalu; dan lebih menarik, bilnya dibayar
oleh Agensi Kerajaan.
Tidak
siapa menyangka, sebagai ADUN yang telah menunaikan Haji di
Baitullah, Datuk S, lelaki yang ‘berwajah Suci tetapi berhati babi’,
sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan nafsu ‘kabasinya’
sekalipun mengetahui wanita tersebut isteri, tunang atau anak orang.
MEWAH.....Rumah
mewah Datin Nooraini di Petaling Jaya bukti cinta Datuk S. Kereta
Mewah Datin Nooraini dan Motorsikal besar Datuk S juga kelihatan
diletakkan di hadapan rumah tetapi oleh kerana dilengkapi CCTV sukar
didekati.
Dengan
kekayaannya, ‘Datuk S’ telah merosakkan ramai wanita, namun agak
menghairankan kenapa ‘Datuk S’ lebih menggemari ‘Recond atau Use Car’
kerana menjadikan ‘Datin Pia’ sebagai ‘Gundik’ dan Datin Nooraini
sebagai isteri; sekalipun tanpa mendapat izin ‘Datin J’ untuk
berpoligami.
Datuk
S telah menyara kehidupan Datin Nooraini dengan penuh kemewahan
setelah bernikah di Thailand termasuk membeli sebuah Unit Kondominium
di ArmCorp Mall, Sebuah rumah di No 2, Jalan 8/12, Petaling Jaya,
Selangor serta lebih 10 buah kereta kereta mewah; termasuk yang
didaftarkan atas nama anak tirinya (anak Datin Nooraini dengan Datuk
Yahya).
Kedai
Cenderahati yang dibuka Datuk S di The Mall Kuala Lumpur telah
ditutup dan Datin Nooraini kini menjadi suri rumah sepenuh masa
setelah Datuk S mampu mengumpul wang yang banyak melalui Skandal
Penyelewengan Subsidi, sekitar RM24 juta sejak empat tahun lalu.
Rumah
mewah Datin Nooraini yang terletak berdekatan Hospital Universiti
Petaling Jaya bernilai lebih RM6 juta dilengkapi dengan sistem CCTV
dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi.
Siasatan
Paparazzi mendapati melalui pasport antarabangsa Malaysia Datin
Nooraini bernombor A12935855, tarikh akhir beliau meninggalkan negara
untuk ke Bangkok, Thailand pada 1 Jun 2007, mungkin tarikh ‘Datuk S’
bernikah dengan Datin Nooraini.
Sementara
Paparazzi menunggu salinan sijil nikah Datin Nooraini dengan Datuk S
daripada rakan Paparazzi di Selatan Thailand, dalam artikel akan
datang, Paparazzi akan mendedahkan kekayaan ‘Datuk S’ yang diperolehi
melalui hasil memerah keringat rakyat dan merompak pembayar cukai
untuk bersenang lenang di hotel lima bintang bersama gundik, inang dan
dayang!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.