Followers

Thursday, April 26, 2012

Kes Scorpene Ke Mahkamah; Mengapa Tengku Adnan Yang Menggelabah?

 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

DPPM juga menyangkal dakwaan Datuk Seri Adnan bahawa usaha Suaram sebagai mahu memalukan orang dan hendak menimbulkan fitnah. Bagi DPPM ,apa yang diusahakan oleh Suaram bukannya fitnah atau mahu memburukkan orang lain. 


Ia adalah sebuah fakta yang perlu didedahkan bagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Tindakan Suaram sebenarnya adalah tindakan terpuji kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang melakukan penyelewengan dan mengaut kekayaan dari duit rakyat.

Sepatutnya Datuk Seri Adnan merasa malu kerana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap mahkamah di Malaysia. Timbulnya prejudis bahawa mahkamah Malaysia juga dipengaruhi oleh kuasa politik terutama kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara. 


Rakyat seluruhnya masih memperkatakan bagaimanakah misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang masih tidak terjawab sehingga kini serta bagaimana kes ini dilayan sedemikian rupa sehinggakan bapa mendiang terpaksa ke mahkamah antarabangsa bagi mencari keadilan dan pembelaan sewajarnya terhadap anaknya. 

DPPM berpendapat, kenyataan Datuk Seri Tengku Adnan lebih mirip kepada kenyataan orang yang sedang dalam ketakutan. Mungkin beliau bimbang kebenaran akan tersing
kap yang menyebabkan pemimpin negara ini akan turut terheret sama untuk didakwa. 

Jika benarlah demikian, bukan setakat Perdana Menteri, malah beliau dan UMNO keseluruhannya akan terjejas teruk. Maka akan berakhirlah sebuah riwayat UMNO dan gelaplah masa depan Datuk Seri Adnan Mansor. Paling penting, mungkin pilihan raya umum ke 13 tidak akan berlangsung dalam masa terdekat sebagaimana yang mereka rancangkan. 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.