Artikel Asal Dari Roketkini
Berulang-ulang kali kita
mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan
majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang ‘kuat’. Mengapa?
Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka hari sebagaimana yang
telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.
Bukan sahaja di Malaysia, tetapi
di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah
kerajaan itu terlampau besar dan ‘kuat’. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan
yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa
pentingnya sebuah kerajaan yang ‘kuat’ dan kita tahu bagaimana keadaan
dalam negara tersebut.
Adakah kerajaan yang ‘kuat’ boleh menjadi kerajaan yang baik?
Dalam sebuah kerajaan yang
‘kuat’ sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa
adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas
nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan ‘kebangsaan’.
Pada hari ini UMNO-BN memegang
rekod dunia untuk parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling
lama di dunia. ‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang
tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media
massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti
pemerintah.
Hasilnya, lama
kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala
institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau
‘check and balance’.
Masih ingatkah kita dengan
krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di
mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi
kepentingan politik mereka?
Masih
ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA
yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak
mampu menjawab hujah dengan hujah?
Semua ini berlaku kerana
kerajaan pada ketika itu terlalu ‘kuat’. Kerajaan menang pilihan raya
secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang
dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan
dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan
sebagainya.
Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang
Hari ini kita melihat pelbagai
‘reformasi’ dan ‘transformasi’ sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk
Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang
merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat
kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan
dan aspirasi rakyat.
Tidak seperti UMNO-BN yang
mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan
segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal,
Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang
yang kuat.
Maka tidak mustahil, dengan
kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi
pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba
masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di
negara kita.
Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…
Pertama, sudah
tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai
peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang
amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.
Amalan hari ini menunjukkan
setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang
apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen.
Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para
pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian
UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.
Kedua, sekiranya
UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan
menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di
mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk
kepentingan diri, keluarga dan kroni.
Jika dahulu mereka mengamalkan
rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan
sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi
terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada
penyelewengan dan salah guna kuasa.
Dan untuk memenangi hati dan
minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih
untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.
Ketiga, dengan
menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri
untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji
untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah
guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini.
Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.
BERS✔H kan Malaysia
Sistem demokrasi memang ada
sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan
kuku besi kumpulan majoriti atau ‘tyranny of the majority’ tetapi dalam
amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai
tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama,
keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan
majoriti tidak menindas minoriti.
Pada hari ini kerajaan UMNO-BN
terlalu berkuasa sehingga wang rakyat menjadi milik sang penguasa dan
lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi
mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah
diberikan kepada warga asing.
Dulu masalah ini hanya di Sabah
sahaja di bawah ‘Projek IC’ yang telah didokumenkan secara lengkap.
Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini
masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH
yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan
menghapuskan amalan keji ini.
Jika kita sayangkan negara ini,
tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN
harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.
DAP bersama Pakatan Rakyat tidak
akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman
untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu
mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.
DAP bersama Pakatan Rakyat sedar
peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk
memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan
kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.