Followers

Saturday, March 17, 2012

Skandal Scorpene Najib Altantuya: Mahkamah Perancis Bersidang Hari April Fool!

Pengarah NGO Hak Asasi Manusia, Suaram, Cynthia Gabriel berkata, Mahkamah Perancis akan memulakan inkuiri terbuka berhubung kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam laman twitternya tengahari tadi.


Difahamkan, 'hakim arahan' bagi kes itu telah dilantik dan mahkamah akan bermula pada 1 April 2012.


Di bawah undang-undang Perancis, ‘hakim arahan’ adalah majistret yang bertanggungjawab mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah.


Ketika dihubungi, Cynthia berkata, maklumat lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan dalam sidang media yang akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, pada jam 11 pagi esok.


"Kita akan dedahkan maklumat lanjut mengenainya kepada media dalam satu sidang media esok," kata Cynthia.


Pada 2009, peguam Joseph Breham, yang dilantik mewakili Suaram telah memfailkan kes terhadap firma pembuat kapal selam Perancis, DCN, melibatkan pembelian dua buah kapal selam bernilai RM7.3 bilion.


Kontroversi pembelian kapal selam itu melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisyen kepada pemimpin negara dan pegawai tertinggi tentera.


Sebanyak Euro114 juta atau RM570 juta dibayar sebagai komisen kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda- seorang kenalan rapat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga pembelian Scorpene itu dijalankan. Skandal itu dikatakan mengheret pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.


Mayat Altantuya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, salah seorangnya merupakan pegawai pengiring kepada Najib.


Razak Baginda didakwa turut bersubahat dalam kes itu, namun dibebaskan oleh mahkamah tanpa dipanggil membela diri.


Pada Oktober tahun lalu, Breham berkata pembabitan Najib dalam pembelian Scorpene boleh menyebabkan beliau disepina untuk hadir ke mahkamah Perancis bagi membantu siasatan.




Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis
- 19 April 2011

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.


Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.


“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.

Joseph Brehem
Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.

Awal april lalu, laman web
Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.


Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.


Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.


Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.


Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.


Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.


Skandal Scorpene: Masa Untuk Najib Kian Hampir


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan siasatan skandal rasuah pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpene tidak lama lagi, lapor Asian Sentinel.

Ia ditulis Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong dan John Berthelsen, editor Asia Sentinel – sebuah media bebas yang menerbitkan berita dan analisis terhadap pelbagai isu di Asia.


Ia memfokuskan keputusan Najib membeli dua kapal selam yang tidak dilengkapi petunjuk arah dan senjata dengan kos tinggi yang kemudian terpaksa ditanggung Kementerian Pertahanan.


Mengikut Asian Sentinel, siasatan rasuah akan dimulakan dengan memanggil Abdul Razak Baginda selain mengheret individu-individu yang terlibat dalam konspirasi itu.


Artikel itu turut mempersoal sama ada pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, ada kaitan dengan siasatan itu.


Ia memetik kenyataan seorang rakyat Malaysia yang mengunjungi kedutaan berkenaan dan terkejut apabila mendapati ramai bekas tentera menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu.


“Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ lalu teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam di Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4,” kata laporan berkenaan.


Memetik Asian Sentinel, seramai 11 keluarga jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karachi 2002 mahu memfail dakwaan pembunuhan terhadap bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac berikutan percaya kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class.
 
Jalan Pulang


Artikel itu boleh dibaca dengan melayari:


 http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=47&Itemid=65

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.