Followers

Saturday, March 17, 2012

Pasai apa SPR selalu nak sorok dari pembangkang?

 
Macam yang dijangka SPR hari ni terus mempertahankan pindahkan nama pengundi atas alasan pembetulan sempadan pilihanraya.

SPR mempertahankan "
Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa" tu atas alasan aksi tu sah di bawah undang-undang pilihanraya.

Bab undang-undang pilihanraya aku tak mau komen pasai aku takdak latarbelakang undang-undang, tak pernah belajar undang-undang. Baca ayat undang-undang pun pening.

Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 
Cumanya pada aku, tak kira apa pun tindakan SPR terutama sekali yang melibatkan kepentingan parti-parti politik, SPR WAJIB bagitau kepada semua parti yang terlibat kalau pun takmau mintak pandangan parti-parti terlibat.

Macam Seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)

7.(1) (d) menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menentukan
(i) daerah-daerah mengundi yang mengikutnya bahagian pilihan raya itu telah dibahagi;
Yang paling aku persoalkan, pasai apa SPR susah sangat nak bagitau apa-apa perubahan yang SPR buat kepada parti-parti 'pembangkang' ?

Kalau betul macam yang selalu SPR kata, semua tindakan SPR tu ikut undang-undang dan peraturan, apa nak takut berhadapan dengan 'parti pembangkang' ?


SPR kena ingat, dalam perlembagaan Perkara 114(2)ada dinyatakan yang SPR perlu 
MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Kalau SPR terus berlagak macam ni dan ditambah pulak dengan aksi bak 'si anjing Umno' mana mungkin SPR akan mendapat MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.

Tapi. bila difikir-fikirkan balik, SPR memang tak perlu 
MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM, SPR cuma perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN UMNO BN.

Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini]



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/pasai-apa-spr-selalu-nak-sorok-dari.html#ixzz1pRQtPZ4w

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.