"Jumlah penduduk dunia yang diisytiharkan beragama Islam kini telah mencecah 1.5 bilion orang, iaitu 22 peratus daripada jumlah keseluruhan manusia ketika ini.
Dalam konteks Malaysia, jumlah penduduk beragama Islam pula dianggarkan seramai 17 juta orang, iaitu 61.4 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
Bilangan yang ramai ini bagaimanapun tidak sedikit pun mampu membantu menyelamatkan walau seorang pun penduduk Islam daripada dizalimi di Palestin, Syria, Chechnya, Kashmir dan dimana-mana saja penjuru bumi yang lain. Benarlah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 25 dan 26, dan benarlah juga hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Tsauban ra daripada Abu Daud.
Disebalik bilangan yang ramai ini, kebanyakan umat Islam disepanjang sejarahnya telah meminggirkan dan melepaskan ciri, adab dan sifat-sifat Islam daripada diri mereka, serta menggunakan kelembutan dan keterbukaan Islam dengan cara yang salah.
Padahal, semua itu sebenarnya untuk suatu
hikmah yang lebih tinggi dan mulia. Menurut Asy-Syahid Imam Hassan
Al-Banna, mereka berbeza pendapat tentang makna Islam dengan perbezaan
yang sangat jauh, sehinggakan Islam yang disemai didalam diri anak-anak
mereka dan generasi seterusnya mempunyai pelbagai bentuk dan rupa.
Ada yang hampir, ada yang jauh, dan ada yang bersesuian dan selari dengan Islam pertama yang diterapkan dengan sebaik-baiknya oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda.
Ada dikalangan manusia yang melihat Islam hanyalah terbatas dalam ruang lingkup ibadat lahiriah atau upacara-upacara tertentu sahaja. Apabila ibadat dan upacara ini ditunaikan atau dia melihat seseorang menunaikannya, dia akan merasa tenteram, redha dan merasakan orang ini telah melaksanakan keseluruhan langkah yang dikehendaki oleh Islam. Inilah yang difahami oleh majoriti umat Islam.
Hasilnya, seseorang itu sudah merasakan Islam sudah mencapai status yang Allah kehendaki dengan dirinya dapat menunaikan 5 rukun Islam, atau masyarakatnya dapat menyambut hari kebesaran Islam, atau apabila wujudnya institusi-institusi berorientasikan Islam seperti Jabatan Agama, Baitul Mal, Mahkamah Syariah di dalam sistem pemerintahannya.
Tidak hairanlah, terdapat segelintir umat Islam yang
menghabiskan seluruh kehidupannya untuk memperjuangkan Islam hanya dalam
ruang lingkup fiqh atau aliran pemikirannya tanpa mahu meluaskan
usahanya ke arah memahami tujuan dan hakikat Islam yang lebih besar,
tinggi dan mulia sebagaimana perjuangan Rasulullah saw.
Kadangkala, mereka meletakkan sentimen dan emosi melebihi ketetapan wahyu dan sunnah Rasul ketika Islam yang difahami mereka berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam.
Ada pula dikalangan manusia yang melihat Islam hanyalah akhlak yang baik atau amalan-amalan keruhanian. Bagi mereka, Islam adalah suatu fahaman yang menyegarkan akal dan ruh dari kekotoran materialistik yang melampau dan keji.
Dengan penumpuan berlebihan yang menyebabkan kelonggaran terhadap keperluan penghidupan dan hak-hak yang sepatutnya ditunaikan,seseorang itu merasakan dia telah terjun kedasar Islam. Berusaha kearah menjaga maslahah hal ehwal dan kepentingan umat Islam yang lebih penting dan kritikal dianggap sebagai kecintaan terhadap duniawi yang harus diawasi dan dijauhi.
Dengan amalan-amalan tertentu yang bertujuan menyucikan hati mereka daripada persona duniawi, mereka kadangkala terlupa bahawa Rasulullah saw juga adalah sebaik-baik ahli zikr, tetapi dalam masa yang sama berusaha bersungguh-sungguh terhadap urusan duniawinya. Baginda telah menunjukkan bahawa urusan duniawi juga merupakan salah satu tonggak daripada syariat Islam yang tinggi dan mulia.
Baginda adalah sebaik-baik makhluk yang paling banyak mengingati Allah swt, tetapi dalam masa yang sama merupakan seorang pemimpin sebuah kerajaan besar yang sentiasa sibuk menguruskan maslahah daulah seperti hal ehwal keselamatan, harta, kehakiman, politik, ekonomi, sosial serta kepentingan hak-hak setiap warga negara yang dipimpinnya.
Ada juga dikalangan manusia yang memandang Islam hanya dengan rasa kagum dengan nilai-nilai dinamik, ilmiah dan praktikal dalam kehidupan, tetapi tidak mahu berusaha dan tidak berminat memikirkan ajaran Islam selebihnya.
Mereka lebih gemar
menjadikan intipati islam yang hakikatnya praktikal untuk semua lapisan
masyarakat kedalam bentuk yang bersifat akademik yang gah di
gedung-gedung perpustakaan untuk kepuasan akal para intelek sahaja.
Golongan seperti ini telah meninggalkan kaedah penyelesaian Rasulullah saw di pasar-pasar dan jalanan kepada seminar-seminar, konvensyen-konvensyen dan pelbagai majlis berprotokol yang terlalu jauh dan asing dari hati dan jiwa masyarakat kebiasaannya.
Mereka merasakan puas dengan pelbagai resolusi dan ketetapan yang telah diputuskan melalui catatan didalam teks-teks tebal, namun tidak pula memikirkan keberkesanan dan praktikalnya Islam itu kepada golongan-golongan yang memerlukan bimbingan dan penyelesaian secara langsung daripada mereka.
Di antara mereka juga, ada yang melihat Islam sebagai suatu aqidah yang diwarisi bersama beberapa amalan dan upacara yang telah diamalkan semenjak dahulu lagi. Orang seperti ini melihat Islam adalah amalan tradisi yang tidak secocok dengan dunia moden dan tidak boleh membawa kemajuan. Oleh kerana itu, mereka sentiasa mengkritik dan memprotes apa jua yang berkaitan dengan Islam samada secara terang-terangan ataupun tersembunyi.
Sikap seperti ini didapati wujud pada mereka yang mendapat pendidikan asing dan tidak berkesempatan pula untuk berhubung dengan hakikat Islam yang sebenar.
Mereka sebenarnya sama sekali belum mengenal
Islam, atau memahaminya dalam persepsi yang salah melalui pergaulan
dengan orang-orang Islam yang gagal menggambarkan Islam dalam bentuknya
yang sebenar dan soleh.
Akibatnya, Islam bukan sahaja sebuah ajaran yang paling banyak disalah ertikan oleh orang bukan Islam, tetapi juga oleh orang Islam itu sendiri. Ramai yang ingin memperjuangkan Islam menurut pelbagai cara dan wajah, tetapi kadangkala meminggirkan dan mengabaikan sebahagian aspek dalam Islam. Ambillah Islam secara keseluruhan dalam berjuang, sebagaimana firman Allah swt,
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
Tiada indahnya Islam apabila kita memperjuangkan aqidah atau sistem politik Islam, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan sistem akhlak Islam atau juzuk-juzuk Islam yang lainnya kerana setiap bahagian sama penting dan setara dalam menggambarkan Islam yang lebih tinggi dan mulia. Dikhuatiri, usaha penat lelah kita dalam menegakkan Islam rupa-rupanya merupakan usaha meruntuhkan Islam menurut pandangan Allah swt."
Akibatnya, Islam bukan sahaja sebuah ajaran yang paling banyak disalah ertikan oleh orang bukan Islam, tetapi juga oleh orang Islam itu sendiri. Ramai yang ingin memperjuangkan Islam menurut pelbagai cara dan wajah, tetapi kadangkala meminggirkan dan mengabaikan sebahagian aspek dalam Islam. Ambillah Islam secara keseluruhan dalam berjuang, sebagaimana firman Allah swt,
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana."
(Al Baqarah: 208-209)
Tiada indahnya Islam apabila kita memperjuangkan aqidah atau sistem politik Islam, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan sistem akhlak Islam atau juzuk-juzuk Islam yang lainnya kerana setiap bahagian sama penting dan setara dalam menggambarkan Islam yang lebih tinggi dan mulia. Dikhuatiri, usaha penat lelah kita dalam menegakkan Islam rupa-rupanya merupakan usaha meruntuhkan Islam menurut pandangan Allah swt."
Tranungkite Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.