Followers

Saturday, March 17, 2012

Khairy, Hero Yang Bertukar Penjilat



SATU ketika dulu, dizaman kanak-kanak kita selalu didendangkan dengan lagu 10 budak hitam. Setiap seorang budak hitam dengan kisah masing-masing yang menyebabkan seorang demi seorang hilang, dipenghujung itu tinggallah seorang.

Percaya atau tidak, lagu rakyat yang popular itu akhirnya menjadi kenyataan di abad ke 21 ini.


Di zaman Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, golongan budak hitam ini begitu bermaharajalela. Mereka ditempatkan di satu tingkat khas di bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya iaitu di tingkat 4. Secara tidak rasmi, inilah pasukan penasihat sebenar Tun Abdullah yang membawa kepada kehilangan majoriti 2/3 BN pada 2008 dan 4 negeri (tambahan kepada Kelantan) ditangan Pakatan Rakyat.


Dari ramai-ramai budak hitam yang mendiami Tingkat 4 satu ketika dahulu, kini hanya satu yang masih menonjol iaitu Khairy Jamaludin, itupun kerana dia sempat memaut jawatan Ketua Pemuda UMNO, tinggal beberapa hari sebelum bapa mertuanya melepaskan jawatan kepada Najib Razak.


Yang lain, antaranya anak Rahim dan Naina Merican mencungap untuk survive dalam politik dengan menyelit disana sini di antara persekitaran politik yang kelam kabut untuk meneruskan hayat politik masing-masing. Anak Rahim umpamanya, mengorbankan nyawa seorang wartawan di 
Somalia untuk mengekalkan populariti dan Kelab Putera 1Malaysianya.

Khairy sedar, dia adalah persona non grata dalam UMNO melihat dari kegagalannya dilantik sebarang jawatan dalam kabinet Najib dibanding rakan sejawatan lain dari sayap Puteri dan Wanita. Semua ini adalah lanjutan dari keterlangsungannya menggunakan kedudukan Tun Abdullah untuk mendaki tangga kepimpinan UMNO dengan cepat, meninggalkan para veteran yang lebih layak, jauh tertinggal di belakang.


Maka itu Khairy perlu mencuba sesuatu yang ada ‘WOW factor’ untuk melonjakkan namanya dalam politik UMNO di era pentadbiran Najib ini atau dia juga akhirnya akan menjadi sesuatu yang cuma layak dikenang.


Biadapnya pula, dalam usaha itu, dia menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai subjek percubaan,mengambil kesempatan dari bermulanya persidangan Dewan Rakyat penggal pertama tahun ini dengan kecaman bertubi-tubi berhubung kenyataan Anwar untuk melindungi keselamatan Israel.


Tindakan Khairy di Parlimen pada Selasa diakui ramai sebagai tindakan biadap dan tidak beretika, datang dari seorang yang kononnya terpelajar. Nasib baik sahaja perbuatan itu dilakukannya di dalam Parlimen, dimana dia dilindungi imuniti dewan, kalau tidak penulis pasti tidak cukup tanah Khairy dikejar para peguam Anwar untuk menyampaikan saman.


Awal-awal dulu penulis cukup kagum dengan Khairy kerana dialah orangnya yang bersusah payah menghantarkan pasport antarabangsa Anwar ke rumah beliau di Damansara untuk membolehkannya terbang ke 
Munich mendapatkan rawatan tulang belakang.

Tapi benarlah kata orang, kuasa mengubah segala-galanya. Pengunduran Abdullah, ibarat hilang tempat bergantung, maka itu Khairy berpaling kepada taktik biasa untuk orang semalang nasibnya, mengampu dan menjilat pemimpin yang sedang berkuasa.


Kita tidak kisahlah kalau dia nak menjilat, tapi kenapa membabitkan pemimpin seperti Datuk Seri Anwar?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.