Jika Najib enggan, Saifuddin menyifatkan perdana menteri itu memandang rendah isu-isu yang membelenggu rakyat selama ini.
“KEADILAN sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkannya.
“Melainkanlah
Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga,
tatakelola kerajaan yang baik, kenaikan kos hidup dan penyelewengan
negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
Saifuddin berkata, tawaran itu sudahpun
dinyatakan kepada Najib sejak Januari tahun lalu bagi membahaskan soal
ekonomi dan tawaran yang terkandung dalam Buku Jingga.
“Justeru,
kita berharap kesanggupan Najib ini benar-benar jujur kerana tawaran
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat
tentang kedudukan ekonomi, fakta-fakta yang terkandung di dalam Buku
Jingga dan penyelewengan negara masih lagi terbuka.
“Malangnya, kami belum menerima sebarang jawapan daripada Perdana Menteri tentang tawaran tersebut,” jelasnya.
Sementara
itu, Saifuddin turut mengulas kebimbangan Najib berhubung keupayaan
Anwar untuk berdebat secara fakta dan mengawal emosi.
“Sebenarnya
kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan
keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat.
“Keputusan
di tangan Najib sama ada beliau jujur mahu membolehkan rakyat Malaysia
mendengar secara langsung dasar-dasar Barisan Nasional dan Pakatan
Rakyat didebatkan dalam kerangka demokrasi dan membuat keputusan yang
sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, Anwar dalam catatan
twitternya semalam menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai helah
pimpinan Umno itu untuk mengelak dari berdebat.
Sebelum ini,
bekas timbalan perdana menteri itu mengemukakan fakta dan angka dalam
debat berhubung Harga Minyak dengan Datuk Ahmad Shabery Chik pada 2008,
berbanding menteri berkenaan yang mengambil peluang menyerang peribadi
Anwar.
Debat antara Anwar dan Najib sebelum ini turut disokong
kalangan profesional Melayu, sepertimana yang didedahkan oleh satu
kajian yang dijalankan Merdeka Center.
Terbaru, kajian itu mendapati 54 peratus responden bersetuju sekiranya debat tersebut diadakan.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.