Followers

Tuesday, March 6, 2012

Mahathir Sebenarnya Ejen Amerika, Bukannya Anwar Ibrahim!


Kenyataan terbaru bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mengenai sikap terbuka Amerika Syarikat terhadap perubahan politik terutama mengenai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang Mahathir yang lebih.

Masih belum lupa di benak kita bagaimana Mahathir sendiri menggunakan bekas Naib Presiden negara itu, Al Gore untuk memburukkan Anwar dengan slogan Doi Moi (reformasi) pada 1998 beberapa bulan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat pada 2 September tahun yang sama.


Kununnya dengan cara tersebut, Anwar dianggap sebagai ejen Amerika untuk menjatuhkan kerajaan Umno-APCO susulan gerakan reformasi yang hampir menumbangkan Mahathir dalam pilihanraya umum setahun selepas itu.


Tidak kita lupa juga bagaimana Mahathir membayar pelobi Amerika Syarikat berketurunan Yahudi, Jack Abramoff sebanyak USD1.4 juta hanya semata-mata untuk bertemu dengan Presiden negara itu, George W Bush pada 2004.


Tidak cukup dengan itu, Mahathir sendiri dalam satu majlis di Kuala Lumpur pernah menuduh Anwar sebagai  ejen Israel padahal yang mengutus surat kepada Perdana Menteri rejim tersebut adalah dirinya sendiri.


Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Mahathir dengan sewenang-wenangnya berpeluk dan bekerjasama dengan gerakan Freemason yang tujuannya hanyalah satu, menghancurkan gerakan Islam di Asia Tenggara dan membenarkan Zionisme bertapak secara halus dalam sistem pentadbirannya sehingga ke hari ini.


Tanyalah mana-mana kenalan yang rapat dengan Mahathir, apa sahaja tindakannya mesti mengikut telunjuk dan arahan Amerika sebagai balasan kepada hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.


Fitnah melampau Mahathir kununnya Anwar menghalalkan seks bebas setelah berkuasa kelak seharusnya ditujukan kepada dirinya sendiri kerana dialah punca segala kegiatan hedonisme keterlaluan seperti membenarkan konsert artis antarabangsa hingga keruntuhan moral remaja kini sudah mencapai tahap kritikal.


Jelas sekali Mahathir kini dalam keadaan sangat terdesak untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap Barisan Najis sehingga sanggup memfitnah Anwar dengan dakwaan dan kenyataan yang langsung tidak berasas.


Serangan Mahathir umpama nyawa buat Umno-APCO kerana sekiranya mereka kalah dalam ibu segala pilihanraya kali ini, yang ke Sungai Buloh bukannya Anwar tetapi Mahathir dan kuncu-kuncunya sendiri.


JALAN PULANG

FITNAH MAHATHIR:


Dr M dakwa Amerika sokong Anwar jadi PM

Berdasarkan laporan akhbar dan majalah yang disiarkan di Amerika Syarikat, adalah jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada negara itu untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


Dalam entri terbarunya di blognya yang bertajuk 'Peperangan Mesir Melawan NGO', bekas perdana menteri itu berkata, apa yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara Arab akan dilakukan juga di Malaysia.


"Campur tangan Amerika dalam gerakan bagi menjatuhkan kerajaan negara yang tidak sependapat dengannya amat jelas,” katanya.


Menurut Dr Mahathir dalam usaha mengangkat Anwar menjadi perdana menteri, bantuan dari segi kewangan dan media turut diberi oleh negara itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat cenderung menghasut dan memburukkan kerajaan pusat.


“Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan 'Regime Change' (pertukaran pemerintah).


"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan mengenai hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapus institusi perkahwinan dan kekeluargaan, dan liwat).


“Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika agar Malaysia dapat menjadi alat mereka," kata Dr Mahathir.


Selain itu, katanya, setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan 'NGO' berkenaan akan dihalalkan.


Menurut beliau lagi, sebagai penyokong kuat Israel, Amerika akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.


"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?” soalnya.


Dr Mahathir berkata terpulang kepada rakyat negara ini menentukan sama ada mereka mahu  Malaysia menjadi alat Amerika yang merupakan penyokong kuat Israel dengan menyokong puak yang menerima bantuan dan sokongan berkenaan.


"Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh mereka untuk menukar kerajaan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.