Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno-APCO, Kamilia Ibrahim sebentar tadi mendesak Ketuanya yang bakal melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang lebih dikenali dengan gelaran 'Makcik Bollywood', Shahrizat Jalil supaya meletakkan jawatannya dalam pergerakan itu.
Sambil menyindir Shahrizat yang enggan melepaskan jawatan sebagai orang nombor satu dalam Wanita, Kamilia berkata, Shahrizat kini sudah menjadi beban terbesar buat Umno-APCO bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka pada bulan Jun nanti.
Tekanan terbaru ini bakal menyaksikan perpecahan teruk antara dua puak yang bertelingkah susulan pendedahan skandal NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat hingga terpaksa menamatkan penggalnya sebagai Senator pada 8 April nanti dengan cara paling memalukan.
Tambah Kamilia yang dibelakangnya adalah musuh tradisi Shahrizat iaitu bekas Ketua Wanita yang ditewaskan, Rafidah Aziz, berkata, Wanita Umno-APCO kini digelar 'lembu' oleh rakyat setiap kali anggota pergerakan itu turun membantu rakyat termasuk di kawasan pedalaman yang terkenal dengan kubu kuat parti reput selama ini.
Pergeseran terbaru ini juga membuatkan perdana menteri Najib Altantuya makin pening kepala kerana perancangannya untuk membawa masuk lebih 4,000 anggota parti itu termasuk wanita dan pemuda pada pehimpunan khas hujung minggu ini pasti akan diboikot salah satu puak yang bertelagah.
Namun, difahamkan, Kamilia membuat kenyataan tersebut menjelang perhimpunan tersebut bagi mendesak perwakilan supaya meminta Shahrizat meletak jawatan serentak dengan tarikh penamatannya sebagai senator dan bukannya menunggu sehingga pemilihan agung Umno-APCO dibuat.
Sekali lagi ia bukti jelas menunjukkan bahawa bukan setakat Pemuda dan Puteri yang bergaduh, malah Wanita yang diibaratkan sebagai tiang seri Umno-APCO juga sedang menuju kehancuran total gara-gara skandal lembu dan Shahrizat Jalil!
JALAN PULANG
Shahrizat must go, repeats Wanita Umno No. 2
KUALA LUMPUR, March 22 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil must quit her Wanita Umno post to preserve the credibility of the party and Barisan Nasional (BN), the wing’s number two has said.
Datuk Kamilia Ibrahim told The Star it was not enough for Shahrizat to step down as federal minister next month and urged the latter to also retire as head of Wanita Umno and Wanita BN.
Kamilia (picture) pointed out that public thought something was “morally and politically wrong” with how National Feedlot Corporation (NFCorp) was run and that this was affecting polls preparations.
NFCorp is headed by Shahrizat’s husband, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, who has been charged with criminal breach of trust for allegedly misusing the cattle-rearing company’s federal loan.
“I’ve gone down to the grassroots and this is generally what the members are saying. They are finding it hard to meet the people when the image of their leader is tarnished,” Kamilia (pic, right) told the daily.
“People are poking fun at Wanita and calling us ‘cows’. The Wanita grassroots are saying it’s difficult to work (for the general election)... As a leader, we have to listen to what the grassroots are saying.”
The prime minister has already made it clear he no longer wanted Shahrizat as minister and it was now up to Wanita Umno and BN to decide if they would still accept her as their head, she added.
Shahrizat announced on March 11 that she would step down as women, family and community minister when her term as senator expires on April 8.
Her resignation came after nearly five months of allegations that she and her family had used a RM250 million government soft loan earmarked for NFCorp to pay for personal expenses.
NFCorp, which supervises the National Feedlot Centre (NFC), hit national headlines after the company made it into the Auditor-General’s Report last year for missing production targets.
Apa kata Kamilia Ibrahim pada 4 Februari 2012?
"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," kata Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno.
"Walau apapun berlaku Wanita Umno tetap berdiri teguh di belakang presiden parti dan meneruskan kerja-kerja parti untuk menang pada PRU 13 nanti," katanya lagi. Baca seterusnya di sini.
Kenyataan Kamilia ini adalah signal kepada ahli-ahli Wanita Umno bahawa beliau sudah bersedia mengambil alih kepimpinan dari Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sudah hampir pasti akan digugurkan oleh Presiden Umno.
Apabila Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Shahrizat daripada senarai calon PRU akan datang, pasti akan berlaku pemberontakkan dalam Wanita Umno. Wanita adalah tunjang utama kepada parti tersebut.
Untuk mengambil alih Wanita Umno, sejak hari pertama skandal NFC diketahui umum, Kamilia Ibrahim telah memulakan gerakan.
Beliau perlu buktikan kapada Najib bahawa beliau boleh memimpin Wanita dan berdiri teguh di belakang Presiden Umno itu jika sesuatu terjadi kepada Shahrizat nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.