Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan
pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.
"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.
Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk
menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan
yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi
baru di Pekan, Pahang.
Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka
memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah
tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran
baru.
TARIKH YANG DISEBUT-SEBUT : 28 APRIL 2012
SASARAN YANG DISEBUT-SEBUT : DATARAN MERDEKA
Semboyan sudah
berbunyi!! Bersedia semua, pastikan anda sepercuma yang boleh pada
tarikh di atas! Kepada yang bercadang untuk nikah-kahwin pada tarikh di
atas, sila awalkan atau tangguhkan...
Demi maruah ibu
pertiwi, negara kita sedang dirancang untuk dirogol buat kesekian
kalinya!!! Demokrasinya hancur dan terus dihancurkan!!!
Tiada tapo-tapi lagi, ayuh mula bersenam sekarang!! ayuh mula mencari stamina sekarang!! Pastikan fizikal dan mental bersedia!!
Hidup-Hidup!! Hidup Rakyat!! BERSIH-BERSIH Pilihanraya!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.