Followers

Monday, March 12, 2012

Bisnes semakin berkembang: Deepak, rakan Rosmah kembali dgn perjanjian RM1.5bil

Bila ia melibatkan wang besar, Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor yang terkenal dengan kepandaiannya dalam berniaga tidak pula merasa segan silu untuk berdiri di hadapan barisan dan sesiapa yang tidak memberikan laluan padanya akan merima padah.

Dengan kesungguhannya, tidak hairanlah protégénya, Deepak Jaikishan telah kembali dengan lebih banyak lagi habuan iaitu sejumlah RM 1.5 bilion dalam perniagaan minyak dan gas yang mengejutkan pasaran saham terutamanya bagi saham kompeni kecil ia bagaikan mati hidup semula.

Deepak merancang untuk meletakkan modal ini dalam Envair Holdings, Bhd, sebuah fima yang sedang nazak yang sememangnya perlukan suntikan baru. Bagaimana Envair, sebuah syarikat kecil yang menghasilkan penapis udara dan air, boleh menjadi sebuah firma yang bersaing dalam industri lumayan minyak dan gas sangat menghairankan.

Industri minyak dan gas Malaysia secara amnya didominasi oleh firma nasional, Petronas dan unit-unitnya. Turut menerima habuan adalah syarikat-syarikat perkhidmatan seperti Scomi dan Kencana-Crest-Sapura, yang mendapat hasil dari kontrak Petronas. Tidak hairanlah apabila kedua-dua syarikat ini milik anak-anak bekas-bekas PM kita, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad.

Sektor bisnes ada lebih aksi, namun pertukaran kerajaan dijangka berlaku



Secara amnya, bisnes di Malaysia selalunya ada hubung kait dengan politik. Sekarang, apabila negara berkemungkinan bertukar kerajaan, sektor bisnes menjadi lubuk wang dimana ada banyak urusan yang menjadi tanda tanya dan meragukan.

Terbaru adalah kontrak konsesi tol selama 60 tahun untuk Ekpresway pantai barat iaitu Lebuhraya Kidex, pembelian aset lama Ananda Krisnan yang menelan belanja sebanyak RM8.5 bil juga mengemparkan ramai.

“Ini adalah kesempatan yang terakhir bagi ahli politik Umno-BN untuk mendapatkan urusniaga. Ia bukanlah untuk menyediakan wang bagi pilihanraya yang akan datang, sebab berbilion ringgit sudah pun disimpan untuk itu.

Ini lebih bersifat peribadi dan untuk perjanjian ini direalisasikan, bergantung jika BN masih memegang kuasa,” seorang penganalisa di fima broker yang mahukan identitnya dirahsiakan memberitahu Malaysia Chronicle.


Ketua pembangakang Anwar Ibrahin dari Pakatan Rakyat dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengalahkan Umno-BN yang diketuai oleh suami Rosmah, PM Najib Razak.

Ternyata, ada beberapa percubaan yang gelabah termasuk Najib yang menarik balik keputusannya untuk mengadakan debat bersejarah dengan Anwar, untuk mengalihkan perhatian daripada sektor bisnes, dimana beberapa perjajian dibuat dengan cepat hampir pada purata satu untuk seminggu.

Pusingan U besar



Dalam percubaan menyelamat Envair baru-baru ini, Business Times melaporkan Deepak mempunyai sebanyak 12.4 peratus daripada saham firma melalui perjanjian luar semenjak dua minggu yang lalu. Dia juga telah menyandang jawatan pengarah urusan kompeni itu.

Deepak juga berkata, dia dan parti yang menyebelahinya cuba untuk mendapatkan keseluruhan 30 peratus yang telah dihalang oleh pengarah-pengarah lama Envair.

Ini merupakan pusingan balik terbesar Deepak semenjak dia menjual semua asetnya dalam Envair pada bulan Disember. Dia juga telah mendermakan keuntungannya kepada kebajikan walaupun spekulasi bahawa Mahathir yang juga penasihat Petronas telah membantah penglibatan Najib dalam industri minyak dan gas, dimana anaknya sendiri Mokhzani mempunyai pengaruh dan juga pernah berhadapan tuduhan konflik kepentingan.

Deepak dan sekutunya dijangka menyalurkan wang itu ke dalam projek minyak dan gas yang bernilai USD500 juta (RM1.51 bilion) ke dalam Envair. Projek itu dipercayai bertempat di Eropah Timur, dan lembaga Envair dijangka mengumumkan pertukaran nama bagi syarikat itu kepada Raya Energy Bhd tidak lama lagi.

Kaitan yang kontroversi



Sering menafikan dirinya sebagai 'budak suruhan’ Rosmah, pertama kali Deepak menjadi tajuk akhbar adalah apabila dia dituduh menyogok penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya mengubah kandungan mengemparkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan kedua-dua Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu pada tahun 2006.

Deppak berasal dari keluarga peniaga kelas pertengahan yang memiliki kedai permaidani di Kuala Lumpur. Bagaimana dia boleh menempatkan dirinya ke dalam perniagaan yang besar di sektor yang selalunya dikhaskan untuk perdana menteri dan anak-anak mereka pasti memperkuatkan spekulasi tentang pihak Najib dan Altantuya, yang telah dibunuh oleh dua pengawal peribadi bekas pasangan pertama Malaysia itu.

Kedua-dua lelaki ini masih berhadapan hukuman mati dan rayuan mereka ditangguh sejak April 2009. Mereka tetap dijatuhi hukuman gantung walaupun salah seorang daripada mereka telah mendakwa dia dibayar untuk membunuh Altantuya.

Makamah Malaysia enggan membenarkan peguam pembela menyiasat dakwaan ini, mendorong pegawai kedutaan AS (seperti yang didedahkan dalam Wikileaks) untuk mempersoalkan kualiti keadilan yang diberikan kepada dua lelaki ini di mahkamah dalam bida untuk menutup mereka menjadi dalang kepada kes ini.

Terlalu banyak kebetulan yang menghubungkan Altanutya kepada pihak Najib. Dia merupakan perempuan simpanan rakan karib PM, Razak Baginda yang telah membantu Baginda mementerai pembelian 2 kapal selam Scorpene yang dimahukan oleh Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002.

Empat tahun kemudian, dia datang ke Malaysia untuk menuntut bahagian sogokan RM570million yang didakwa dibayar oleh pembuat senjata DCN Perancis kepada Najib supaya bersetuju membeli kapal selam dari mereka.

Tetapi dia akhirnya dibunuh, dan sehingga kini pihak berkuasa Imigresen tidak dapat menjelaskan mengapa mereka tidak mempunyai rekod kemasukan Altantuya ke negara ini dan ada yang mendakwa pihak berkuasa itu telah diarahkan oleh pihak atasan supaya memadam rekod kemasukannya di Malaysia.

Serba boleh dalam semua perniagaan



Oleh kerana latar belakang kontroversinya, Deepak akan perlu bekerja lebih keras untuk membuktikan integriti dalam perniagaan dan kebolehpercayaan terhadap pelabur yang mantap dan serius. Kepada ahli peniaga kecil, yang melihatnya sebagai proksi Rosmah, dia dikatakan memiliki kehebatannya sendiri, kerana hubungan dengan kes Altantuya, sebenarnya menjadikan dia ‘Pied Piper ‘ (serba boleh) dalam pelbagai bidang. Akhirnya, kita akan dapati, keuntungan Envair akan bergantung kepada kontrak minyak yang diterimanya, sebahagian besar dapat dijangka datang dari Petronas.

Ia mesti ditegaskan bahawa Deepak telah sebelum ini menafikan urusan Envair ada kaitan dengan Najib. "Saya ingin menjelaskan yang saya berdiri di atas dua kaki saya sendiri. Keluarkan saya dari spekulasi jahat anda," Deepak memberitahu Malaysia Chronicle pada bulan Disember.

Sementara itu, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia minggu lepas, Envair telah mengumumkan bahawa ia telah mencadangkan saham persendirian sehingga 35,57 juta saham baru, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meneroka ke dalam pengedaran dan perdagangan produk minyak dan gas bagi firma itu. Saham akan diberikan kepada Deepak, pengarah- pegarah Envair, Mohd Anuar Mohd Hanadzlah dan Mohd Shukri Abdullah, serta seorang ahli bebas.


Shalehudin/Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.