Followers

Tuesday, February 7, 2012

(Video) Shahrizat kata sudah dapat Hidayah... tapi ni gambar sedang buat apa? - AnakSgDerhaka




Di Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak beberapa hari yang lalu dalam ucapannya Shahrizat mendakwa beliau telah mendapat hidayah ketika mengerjakan Umrah untuk terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.


Ini adalah umrah yang dilakukannya untuk kali ketiga dalam masa dua bulan.

Menurut Shahrizat di dalam video di bawah ini.. Scandal NFC yang melanda keluarganya adalah satu ujian dari Allah buat dirinya kerana selama ini beliau diberikan laluan mudah untuk memegang jawatan di dalam UMNO dan juga kerajaan.

“Rupanya Allah kata wahai Shahrizat! Aku nak uji, uja dan duga kau selaku Ketua, samada kau ada iman, ada ibadah, ada semangat .. betultak? Atau kau nak tumbang begitu saja…

Seterusnya tengok video di bawah ni...

(sila lihat di SINI)

Baguslah kalau dah diberikan hidayah.. tapi takkanlah Shahrizat diberikan Allah hidayah untuk terus memimpin Wanita UMNO kot..

Gambar-gambar dibawah ini mungkin membenarkan kata-kata Shahrizat bahawa beliau diberikan hidayah untuk terus memimpin Wanita UMNO.. tetapi mungkin tidak diberikan hidayah untuk mengenali apa yang haram dan apa yang halal menurut ajaran Al-Quran...

Ini gambar Zambry dikelilingi wanita BN..


"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)

Ini pula gambar Sharizat sedang bersalaman dengan Zambry..

Shahrizat juga sedang bersalam dengan siapa entah.. yang pasti lelaki ini bukanlah suaminya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.