Makin Banyak Cakap Makin Terserlah Nyanyuk Dan Autanya
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir menutup mulut dari
membuat sebarang penafian berhubung kritikan yang dilontarkan terhadap
beliau ketika zaman pemerintahannya. Ini berikutan pendedahan yang
dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah bahawa
pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran
Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.
Tun Dzaiddin Abdullah juga menyatakan bahawa mahkamah-mahkamah Malaysia
hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang
eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi
DPPM, kenyataan Tun Dzaiddin Abbullah merupakan suatu dakwaan yang amat
serius. Sebagai seorang Bekas Ketua Hakim Negara, tentulah beliau
bercakap dari sudut pengalaman beliau selama berkhidmat dalam kerajaan.
Lebih lagi beliau seorang yang berpengaruh, maka pastilah kenyataan Tun
Dzaiddin amat berasas dan boleh diterima.
DPPM
meminta kerajaan membersihkan nama dengan penjelasan bahawa mahkamah di
negara ini bebas dari sebarang pengaruh politik. Bagi DPPM, kenyataan
Tun Dzaiddin boleh menjejaskan reputasi badan kehakiman negara di mata
dunia. Masyarakat dunia akan menganggap institusi kehakiman negara masih
terkongkong dan tidak bebas sepenuhnya. Kenyataan beliau membenarkan
lagi telahan ramai bahawa mahkamah di Malaysia masih lagi terbelenggu di
bawah kuasa politik.
Dalam
hal ini, DPPM meminta Tun Dr Mahathir menerima kritikan yang
dilontarkan dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan pihak lain pula.
Ini kerana semakin banyak penafian yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir
semakin banyak rahsia di zaman beliau dibongkar.
Tun Dr Mahahir
sebaiknya menyerahkan kepada kerajaan untuk meneliti dakwaan tersebut
dengan tidak membela diri. DPPM juga mengesyorkan supaya Tun Dr Mahathir
terus bersara dari arena politik dan menumpukan perhatian kepada
kehidupan keluarganya. Akuilah bahawa sememangnya dengan cengkaman kuasa
politik itulah beliau mampu berkuasa selama 22 tahun lamanya tanpa
mampu digugat oleh sesiapa.
Sumber - dppwp
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.