Kenyataan DSAI (mengenai Israel) tak gugat Pakatan : Mat Sabu
Justeru kata beliau, pendirian
Ketua Pembangkang itu tidak akan menjejaskan kerjasama parti-parti
komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mohamad menambah, apa yang
diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street Journal (WSJ) adalah
pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh itu, terpulang kepada
beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.
"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan dasar yang ada .....
dalam
Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan
menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti ddalam PR mempunyai dasar
lain, ia akan diperbincangkan kemudian.
"Namun sekiranya PKR dan DAP
mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak mencampurinya. Terpulang
kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan peribadi ataupun mewakili
parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian
berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta Anwar menarik balik
kenyataannya mengenai Israel. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu tindakan yang tidak betul.
Nik Abdul Aziz menyarankan
kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah diputar belit, beliau
seharusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Mohamad berkata, apa yang
dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat hubungan antara parti yang ada
dalam PR, malah Pas masih tetap bersama.
"Apa yang berlaku tidak akan
menggugat hubungan kami dalam PR, kami mempunyai dasar perjuangan yang
sama, dan saya yakin rakyat memahami perkara ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas,
Nasrudin Hassan berkata, Anwar harus mengambil tindakan terhadap WSJ
sekiranya beliau tidak membuat kenyataan sedemikian.
"Apa masalah? Jika benar tidak
mengeluarkan kenyataan sedemikian, Anwar harus bertindak terhadap WSJ,
kenapa perlu bimbang tindakan itu boleh menyelesaikan masalah.
"Sekiranya Anwar enggan tarik
balik atau menyaman WSJ. Apa boleh buat. Terpulang kepada beliau. Anwar
bukan ahli Pas untuk diambil tindakan disiplin," katanya menerusi laman
sosialnya. - Sinar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.